Barang siapa hafal sepuluh ayat
pertama dan sepuluh ayat terakhir Surat Al-Kahfi ia akan selamat dari
(fitnahnya) Dajjal
Muqaddimah
Sungguh menarik perhatian adanya
persamaan kejadian yang terjadi di dunia sekarang ini. Di satu pihak, kita
melihat adanya tekanan kekuasaan Eropah yang dilancarkan dengan rancangan yang
teratur terhadap dunia Islam, dan usaha mereka yang keras untuk mengenyahkan
Islam sama sekali, tetapi di lain pihak, kita menemukan sejumlah besar hadits
Nabi yang meramalkan fitnah dan percubaan yang akan menimpa kaum Muslimin pada
akhir zaman, ramalan yang hampir semuanya terpenuhi, berupa peristiwa yang
menimpa dunia Islam sekarang ini. Lebih menghairankan lagi, kerana ramalan itu
diucapkan pada waktu Islam sedang dalam keadaan menang, dan seluruh dunia
merasa gentar menghadapi pesatnya kemajuan Islam.
Bukan rahsia lagi, bahawa kini
sedang berlangsung pergolakan sengit antara Eropah dan Islam, khususnya antara
kekuatan material melawan kekuatan spiritual. Kaum Kristian Eropah menganggap
kekuatan Islam sebagai ancaman yang berbahaya bagi peradaban materialnya, dan
dengan dalih palsu ini mereka berusaha untuk manghancurkan Islam, agar mereka
dapat "menyelamatkan" dunia dari pengaruh politik Islam. Mereka
terang-terangan menyebut agama lain sebagai non-Kristian, tetapi terhadap agama
Islam mereka dengan tegas menyebutkan sebagai anti-Kristian. Sekalipun kaum
missionaris Kristian aktif menyebarkan agama di segenap penjuru dunia, tetapi
tujuan mereka yang paling utama ialah ummat Islam. Ini adalah fakta yang tak
boleh dipandang remeh oleh kaum Muslimin.
Akan tetapi alangkah sedihnya
bahawa kaum Muslimin sendiri terlibat dalam pergelutan international mengenai
masalah-masalah kecil, sehingga mereka tak sempat memikirkan persoalan yang
lebih penting. Seandainya mereka menaruh perhatian sedikit saja terhadap
pergolakan sengit yang sekarang sedang berlangsung antara kekuatan material dan
kekuatan spiritual, nescaya mereka akan melihat dengan terang, bahawa
mengamuknya Dajjal dan merajalelanya Ya'juj wa Ma'juj bukanlah dongengan
kosong, melainkan gambaran tentang serbuan kaum materialis Eropah dengan agama
Nasraninya pada zaman sekarang.
Bagi tiap-tiap orang Islam wajib
kiranya melupakan pergelutan di kalangan ummat Islam sendiri mengenai masalah--masalah
kecil yang kurang penting, kerana kemenangan dan hidup matinya Islam di dunia
bergantung kepada hasil perlombaan antara dua agama ini (Islam dan Nasrani),
bukan kerana mengurusi perbezaan kecil yang tak akan mendatangkan keuntungan
atau kerugian bagi kaum Muslimin sendiri.
Bab 01. ERTI DAJJAL DAN YA'JUJ
WA-MA'JUJ
Dajjal disebutkan berulang-ulang
dalam Hadits, sedangkan Ya'juj wa-Ma'juj bukan saja disebutkan dalam Hadits,
melainkan pula dalam Al-Qur'an. Dan kemunculannya yang kedua kalinya ini
dihubungkan dengan turunnya Al-Masih.
Kata Dajjal berasal dari kata
dajala, ertinya, menutupi (sesuatu). Kamus Lisanul-'Arab mengemukakan beberapa
pendapat mengapa disebut Dajjal. Menurut suatu pendapat, ia disebut Dajjal
kerana ia adalah pembohong yang menutupi kebenaran dengan kepalsuan. Pendapat
lainnya mengatakan, kerana ia menutupi bumi dengan bilangannya yang besar.
Pendapat ketiga mengatakan, kerana ia menutupi manusia dengan kekafiran.
Keempat, kerana ia tersebar dan menutupi seluruh muka bumi.
Pendapat lain mengatakan, bahawa
Dajjal itu bangsa yang menyebarkan barang dagangannya ke seluruh dunia,
ertinya, menutupi dunia dengan barang dagangannya. Ada juga pendapat yang mengatakan, bahawa ia
dijuluki Dajjal kerana mengatakan hal-hal yang bertentangan dengan hatinya,
ertinya, ia menutupi maksud yang sebenarnya dengan kata-kata palsu.
Kata Ya'juj dan Ma juj berasal
dari kata ajja atau ajij dalam wazan Yaf'ul; kata ajij ertinya nyala api.
Tetapi kata ajja bererti pula asra'a, maknanya berjalan cepat. Itulah makna
yang tertera dalam kamus Lisanul-'Arab. Ya'juj wa-Ma'juj dapat pula diibaratkan
sebagai api menyala dan air bergelombang, kerana hebatnya gerakan.
Bab 02. DAJJAL DAN YA'JUJ
WA-MA'JUJ MENURUT AL-QUR'AN
Kata Dajjal tak tertera dalam Al-Qur'an,
tetapi dalam Hadits sahih diterangkan, bahawa sepuluh ayat pertama dan sepuluh
ayat terakhir dari surat al-Kahfi melindungi orang dari fitnahnya Dajjal, jadi
menurut Hadits ini, Al-Quran memberi isyarat siapakah Dajjal itu. Mengenai hal
ini diterangkan dalam Kitab Hadits yang amat sahih sebagai berikut:
"Barang siapa hafal sepuluh
ayat pertama Surat Al-Kahfi, ia akan selamat dari (fitnahnya) Dajjal."
"Barang siapa membaca
sepuluh ayat terakhir dari surat
Al-Kahfi, ia akan selamat dari (fitnahnya) Dajjal."
Boleh jadi, dalam menyebut
sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir, itu yang dituju ialah seluruh surat Al-Kahfi yang
melukiskan ancaman Nasrani yang beraspek dua, yang satu bersifat keagamaan, dan
yang lain bersifat keduniaan. Bacalah sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat
terakhir surat
Al-Kahfi, anda akan melihat seterang-terangnya bahawa yang dibicarakan dalam
dua tempat itu adalah ummat Nasrani.
Mula-mula dihuraikan aspek
keagamaan, yang dalam waktu itu Nabi Muhammad dikatakan sebagai orang yang
memberi peringatan umum kepada sekalian manusia (ayat 2), lalu dikatakan
sebagai orang yang memberi peringatan khusus kepada ummat Nasrani (ayat 4),
iaitu ummat yang berkata bahawa Allah memungut anak laki-laki. Demikianlah
bunyinya:
"Segala puji kepunyaan Allah
Yang menurunkan Kitab kepada hamba-Nya ..., ... agar ia memberi peringatan
tentang siksaan yang dahsyat dari Dia… dan ia memperingatkan orang-orang yang
berkata bahawa Allah memungut anak laki-laki." (18:1-4).
Terang sekali bahawa yang dituju
oleh ayat tersebut ialah ummat Nasrani, yang ajaran pokok agamanya ialah Tuhan
mempunyai anak laki-laki. Dalam sepuluh ayat terakhir surat Al-Kahfi dihuraikan
seterang--terangnya, bahawa ummat Nasrani mencapai hasil gemilang di lapangan
duniawi. Demikianlah bunyinya :
"Apakah orang-orang kafir
mengira bahawa mereka dapat mengambil hamba-Ku sebagai pelindung selain Aku?…
Katakan Apakah Kami beritahukan kepada kamu orang-orang yang paling rugi
perbuatannya? (Iaitu) orang yang tersesat jalannya dalam kehidupan dunia, dan
mereka mengira bahawa mereka adalah orang yang mempunyai keahlian dalam membuat
barang-barang." (18: 102-104).
Ini adalah gambaran tentang
bangsa-bangsa Barat yang diramalkan dengan kata-kata yang jelas. Membuat barang
adalah keahlian dan kebanggaan ummat Nasrani, dan ciri-khas inilah yang dituju
oleh ayat tersebut. Mereka berlomba-lomba membuat barang-barang, dan mereka
begitu sibuk dalam urusan ini, sehingga penglihatan mereka akan nilai-nilai
kehidupan yang tinggi, menjadi kabur sama sekali. Membuat barang--barang,
sekali lagi membuat barang-barang, adalah satu-satunya tujuan hidup mereka di
dunia. Jadi, sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir surat Al-Kahfi
menerangkan dengan jelas bahayanya ajaran Kristian tentang Putera Allah, dan
tentang kegiatan bangsa-bangsa Kristian di lapangan kebendaan, dan inilah yang
dimaksud dengan fitnahnya Dajjal.
Ya'juj wa-Ma'juj dihuraikan dua
kali dalam Al-Quran. Yang pertama dihuraikan dalam surah al-Kahfi, sehubungan
dengan huraian tentang gambaran Dajjal. Menjelang berakhirnya surah al-Kahfi,
dihuraikan tentang perjalanan Raja Dzul-Qarnain* ke berbagai jurusan untuk
memperkuat tapal-batas kerajaannya.
Ternyata bahawa menurut sejarah,
raja ini ialah raja Parsi yang bernama Darius I. Diterangkan dalam surah
tersebut, bahawa perjalanan beliau yang pertama, berakhir di laut Hitam.
"Sampai tatkala ia mencapai hujung yang paling Barat, ia menjumpai
matahari terbenam dalam sumber yang berlumpur hitam." (18:86). Ternyata
bahawa yang dimaksud sumber yang berlumpur hitam ialah Laut Hitam.
Selanjutnya dihuraikan dalam
surah tersebut, kisah perjalanan beliau ke Timur "Sampai tatkala ia
mencapai tempat terbitnya matahari, ia menjumpai matahari terbit di atas kaum
yang tak Kami beri perlindungan dari (matahari) itu" (18:90). Selanjutnya
dihuraikan tentang perjalanan beliau ke Utara. "Sampai tatkala ia mencapai
(suatu tempat) di antara dua bukit" (18:93).
Yang dimaksud dua bukit ialah
pergunungan Armenia dan Azerbaijan .
Dalam perjalanan ke Utara ini, raja Dzul-Qarnain berjumpa dengan suatu kaum
yang berlainan bahasanya, ertinya, mereka tak mengerti bahasa Parsi. Kaum ini
mengajukan permohonan kepada raja Dzul-Qarnain sbb: "Wahai Dzul-Qarnain!
Sesungguhnya Ya'juj wa-Ma'juj itu membuat kerosakan di bumi. Bolehkah kami
membayar ufti kepada engkau, dengan syarat sukalah engkau membangun sebuah
rintangan antara kami dan mereka" (18:94).
Selanjutnya Al-Qur'an
menerangkan, bahawa raja Dzul-Qarnain benar-benar membangun sebuah tembok** dan
sehubungan dengan itu, Al-Qur'an menyebut-nyebut besi dan tembaga sebagai bahan
untuk membangun pintu gerbang:
"Berilah aku tompokan besi,
sampai tatkala (besi) itu memenuhi ruangan di antara dua bukit, ia berkata:
'Bawalah ke mari cairan tembaga yang akan kutuangkan di atasnya' (18:96). Dalam
ayat 97 diterangkan, bahawa tatkala tembok itu selesai, mereka (Ya'juj
wa-Ma'juj) tak dapat menaiki itu, dan tak dapat pula melubangi itu. Dalam ayat
98, raja Dzul-Qarnain menerangkan, bahawa bagaimanapun kuatnya, tembok ini hanya
akan berfaedah sampai jangka waktu tertentu, dan akhirnya tembok ini akan
runtuh. Lalu kita akan dihadapkan kepada peristiwa yang lain. "Dan pada
hari itu, Kami akan membiarkan sebahagian mereka (Ya'juj wa-Ma'juj) bertempur
melawan sebahagian yang lain" (18:99).
*[Kata Dzul-Qarnain makna aslinya
"mempunyai dua tanduk", tetapi dapat bererti pula "orang yang
memerintah dua generasi", atau, "orang yang memerintah dua kerajaan.
Makna terakhir ini diberikan oleh musafir besar Ibnu Jarir. Dalam kitab perjanjian lama, Kitab Nabi Daniel, terdapat huraian
tentang impian nabi Daniel, di mana ia melihat seekor domba bertanduk dua.
Impian itu ditafsirkan dalam al-Kitab dengan kata-kata sebagai berikut:
"Adapun domba jantan, yang telah kau lihat dengan tanduk dua pucuk, iaitu
raja Media dan Parsi, (Daniel 8:20). Di antara raja Media dan Parsi, yang
paling sesuai dengan gambaran Al-Quran, ialah raja Darius I (521-485 sebelum
Kristus).
Jewish Encyclopaedia menerangkan
sbb : "Darius adalah negarawan yang ulung. Peperangan yang beliau lakukan
hanyalah dimaksud untuk membulatkan tapal-batas kerajaannya, iaitu di Armenia , Kaukasus ,
India ,
sepanjang gurun Turania dan dataran tinggi Asia Tengah". Pendapat ini
dikuatkan oleh Encyclopaedia Britannica sbb: "Tulisan yang diukir dalam
batu menerangkan bahawa raja Darius adalah pemeluk agama Zaratustra yang setia.
Tetapi beliau juga seorang negarawan yang besar. Pertempuran yang beliau
lakukan, hanyalah untuk memperolehi tapal-batas alam yang kuat bagi
kerajaannya, demikian pula untuk menaklukkan suku bangsa biadab di daerah
perbatasan. Jadi, raja Darius menaklukkan bangsa biadab di pegunungan Pontic
dan Atmenia,dan meluaskan kerajaan Parsia sampai Kaukasus"].
**[Rintangan atau tembok yang
dihuraikan di sini ialah tembok yang termasyhur di Derbent (atau Darband) yang
terletak di pantai Laut Caspean. Dalam kitab Marasidil - Ittila', kitab
ilmu-bumi yang termasyur, terdapat uraian tentang hal itu. Demikian pula dalam
kitabnya lbnu at-Faqih. Encyclopaedia Biblica menjelaskan tembok itu sbb
:.Derbent atau Darband adalah sebuah kota
kerajaan Parsi di Kaukasus, termasuk propinsi Daghistan, di pantai Barat laut
Caspean… Di ujung sebelah Selatan,
terletak Tembok Kaukasus yang menjulang ke laut, yang panjangnnya 50 mil, yang
disebut Tembok Alexander…Tembok ini seluruhnya mempunyai ketinggian 29 kaki,
dan tebal ± 10 kaki; dan dengan pintu gerbangnya yang dibuat dari besi, dan
berpuluh-puluh menara-pengintai, merupakan pertahanan tapal-batas kerajaan
Parsi yang kuat].
Bab 03. DAJJAL ADALAH IDENTIK
(SAMA) DENGAN YA'JUJ WA--MA'JUJ
Segera setelah Al-Qur'an
menerangkan pertempuran satu sama lain antara Ya'juj wa-Ma'juj, ayat 102
menerangkan persoalan Dajjal. "Apakah orang-orang kafir mengira bahawa
mereka dapat mengambil hamba-hamba-Ku sebagai pelindung di luar Aku?"
(18:102). Ini menunjukkan bahawa Al-Qur'an mempersamakan Dajjal dengan Ya'juj
wa-Ma'juj. Mereka diberi nama yang berlainan kerana mempunyai dua fungsi yang
berlainan.
Adapun mengenai identiti Ya'juj
wa-Ma'juj para mufassir tak sama pendapatnya. Ibnu Katsir berkata, bahawa
Ya'juj wa-Ma'juj adalah keturunan Adam, dan pendapat ini dikuatkan oleh Hadits
Bukhari dan Muslim. Menurut kitab Ruhul-Ma'ani, Ya'juj wa-Ma'juj adalah dua
kabilah keturunan Yafits bin Nuh, yang bangsa Turki adalah sebahagian dari
mereka; mereka disebut Turki, kerana mereka "turiku" (ditinggalkan)
di sebelah sananya tembok. Selain itu, menurut uraian Al-Qur'an, terang sekali
bahawa mereka adalah sebangsa manusia, yang untuk menghalang-halangi serbuan
mereka, terpaksa dibangun sebuah tembok.
Adapun yang kedua, Ya'juj
wa-Ma'juj diuraikan dalam Al-Qur'an sbb : "Sampai tatkala Ya'juj wa-Ma'juj
dilepas, mereka akan mengalir dari tiap-tiap tempat tinggi" (20:96).
Ternyata bahawa yang dimaksud dengan kalimat "mengalir dari tiap-tiap
tempat yang tinggi" ialah bahawa mereka akan menguasai seluruh dunia.
Menilik cara Al-Qur'an menerangkan Ya'juj wa-Ma'juj dalam dua tempat tersebut,
terang sekali bahawa akan tiba saatnya Ya'juj wa-Ma'juj mengalahkan sekalian
bangsa di dunia. Dan terang pula bahawa pada waktu Al-Qur'an diturunkan, Ya'juj
wa--Ma'juj sudah ada, tetapi gerak-geri mereka masih tetap terkekang sampai
saat tertentu, yang sesudah itu, mereka akan terlepas untuk menguasai seluruh
dunia.
Bab 04. MENGAPA AL-QUR'AN TAK MENYEBUT-NYEBUT
DAJJAL
Mungkin orang akan bertanya, jika
sekiranya Dajjal dan Ya'juj wa-Ma'juj adalah dua sebutan yang berlainan untuk
menamakan satu bangsa, mengapa Al-Qur'an hanya menyebutkan nama Ya'juj
wa--Ma'juj saja, dan tak sekali-kali menyebutkan nama Dajjal? Sebabnya ialah
bahawa kata Dajjal, sebagaimana kami terangkan di atas, ertinya
"pembohong" atau "penipu", dan tak seorangpun suka disebut
pembohong atau penipu, walaupun ia benar-benar seorang pembohong atau penipu
yang ulung.
Sebaliknya, oleh kerana Ya'juj
wa-Ma'juj itu nama suatu bangsa, maka tak seorangpun akan merasa keberatan
memakai nama itu. Bahkan sebenarnya, bangsa Inggeris sendiri telah memasang
patung Ya'juj wa-Ma'juj di depan Guildhall di London. Inilah sebabnya mengapa Al-Qur'an
hanya menggunakan nama Ya'juj wa-Ma'juj, dan tak menggunakan nama Dajjal yang
ertinya pembohong. Sebaliknya, kitab-kitab Hadits menggunakan kata Dajjal,
kerana nama Dajjal atau Anti Christ, dan ramalan-ramalan yang berhubungan
dengan ini, disebutkan dalam Kitab Suci yang sudah-sudah. Oleh kerana itu,
perlu sekali dijelaskan bagaimana terpenuhinya ramalan-ramalan itu.
Selain itu, kata Dajjal hanya
menunjukkan satu aspek persoalan, yakni, kebohongan dan penipuan yang dilakukan
oleh bangsa itu, baik mengenai urusan agama, mahupun mengenai urusan duniawi.
Akan tetapi terlepas dari sifat-sifatnya yang buruk, ada pula segi kebaikannya.
Dipandang dari segi duniawi,
kesejahteraan material mereka harus dipandang sebagai segi kebaikan mereka.
Itulah sebabnya mengapa dalam Hadits digambarkan, bahawa mata Dajjal yang hanya
satu, iaitu mata duniawi; gemerlap bagaikan bintang. Al-Our'an juga menerangkan
keahlian mereka dalam membuat barang-barang. Jadi julukan Dajjal hanyalah
sebahagian dari gambaran bangsa itu.
Dalam Al-Qur'an, bangsa-bangsa
Kristian disebut "para penghuni Gua dan inskripsi" (18:9). Gambaran
ini menggambarkan dua aspek sejarah agama Kristian. "Para
penghuni Gua" merupakan gambaran yang tepat bagi kaum Kristian dalam
permulaan sejarah mereka kerana pada waktu itu ciri khas mereka yang paling
menonjol ialah hidup dalam biara. Mereka meninggalkan sama sekali urusan
duniawi untuk mengabdikan sepenuhnya dalam urusan agama. Dengan perkataan lain,
mereka membuang dunia guna kepentingan agama.
Akan tetapi pada zaman akhir,
mereka digambarkan sebagai "Bangsa Inskripsi (ar-raqimi)". Kata
raqmun ertinya barang yang ditulis. Kata ini khusus digunakan bagi harga yang
ditulis pada barang-barang dagangan, seperti pakaian dan sebagainya. Gambaran
ini mengandungi erti penyerapan mereka yang amat dalam, dalam urusan duniawi,
fakta ini diuraikan dalam Al-Qur'an sbb: "Orang-orang yang usahanya
menderita rugi dalam kehidupan dunia ini" (18:104).
Jadi, bangsa Kristian yang pada
permulaan sejarah mereka membuang dunia untuk kepentingan agama, tetapi pada
zaman akhir, mereka membuang agama untuk kepentingan dunia; oleh sebab itu,
mereka dikatakan dalam Al-Qur'an sebagai "salah satu petanda Kami yang
mengagumkan" (18:9). Sabda Al-Qur'an tersebut di atas adalah gambaran yang
tepat tentang kecondongan mereka kepada kebendaan. Oleh kerana dalam urusan
duniawi, mereka lebih maju dari bangsa-bangsa lain, maka bangsa lain itu
mengikuti mereka secara membuta-tuli, kerana terpikat oleh
keuntungan-keuntungan duniawi yang dijamin oleh mereka.
Jadi, bangsa-bangsa Kristian
menyesatkan bangsa-bangsa lain di dunia, bukan saja dengan pengertian yang
salah tentang Putera Allah dan Penebusan dosa, melainkan pula dengan cita-cita
mengejar-ngejar kebendaan secara membuta-tuli, dengan mengabaikan sama sekali
nilai-nilai hidup yang lebih tinggi. Oleh kerana itu, dalam Hadits, mereka
diberi nama Dajjal, atau penipu ulung.
Bab 5. YA'JUJ WA-MA'JUJ MENURUT
KITAB BIBLE
Dalam kitab Bible, Ya'juj
wa-Ma'juj diuraikan dengan kata-kata yang amat jelas, sehingga tak diragukan
lagi siapa Ya'juj dan Ma'juj itu.
Dalam Kitab Yehezkiel 38:1-4,
diterangkan sbb:
"Dan lagi datanglah firman
Tuhan kepadaku, bunyinya: Hai anak Adam! Tunjukkanlah mukamu kepada Juj dan
tanah majuj, raja Rus, Masekh dan Tubal, dan bernubuatlah akan halnya.
Katakanlah: Demikianlah firman Tuhan Hua. Bahawasanya Aku membalas kepadamu
kelak, hai Juj, raja Rus, masekh dan Tubal. Dan kubawa akan dikau berkeliling
dan kububuh kait pada rahangmu ... "
Di sini Juj dihuraikan seterang-terangnya,
dan Juj di sini adalah sama dengan Ya'juj dalam Al-Qur'an. Dia dikatakan
sebagai raja Rusia, Moscow
dan Tubal. Adapun Majuj (Ma'juj), hanya dikatakan "tanah Ma'juj".
Tiga nama yang disebutkan dalam
kitab Bible ialah: Rus atau Rusia, Masekh atau Moscow , dan Tubal atau Tobolsk. Rusia adalah
nama negara, sedangkan Omask dan Tubal adalah nama dua sungai di sebelah Utara
pergunungan Kaukasus. Pada sungai Omask terletak kota
Moscow , dan pada sungai Tubal terletak kota Tobolsk; dua-duanya merupakan kota
Russia
yang termasyur. Mengingat terangnya gambaran ini, maka tak diragukan lagi siapa
Ya'juj itu.
Jadi terang sekali bahawa Juj
ialah Russia ,
tempat kediaman bangsa Slavia. Adapun Ma'juj adalah negara itu juga. Jadi di
satu pihak, Juj dikatakan sebagai raja Rusia, di lain pihak, ia digambarkan
mendiami tanah Majuj. Rusia terletak di Eropa. Penduduk Eropa terdiri dari dua
pokok suku-bangsa, iaitu Slavia dan Teutonia. Bangsa Teutonia meliputi bangsa
British dan bangsa Jerman. Ini menunjukkan seterang-terangnya bahawa Juj adalah
nama bangsa-bangsa Eropah Timur (Slavia), sedangkan Majuj adalah nama
bangsa-bangsa Eropah Barat, iaitu bangsa Teutonia.
Dan terang pula bahawa dua bangsa
ini mula-mula sekali mendiami tanah yang sama. Boleh jadi, Juj dan Majuj adalah
nama atau julukan nenek-moyang dua bangsa ini. Hal ini dibuktikan adanya
kenyataan bahawa patung Ya'juj dan ma'juj itu sejak zaman dahulu sudah berdiri
di depan Guildhall di London yang termasyur. Jika dua nama itu tak ada
hubungannya dengan nenek-moyang bangsa-bangsa ini, mengapa patung mereka itu
dipasang di depan gedung Dewan Perwakilan Rakyat ?
Berdasarkan keterangan tersebut
dalam kitab Bible ditambah dengan bukti sejarah yang dilengkapi dengan dua
patung di London, sudah dapat dipastikan bahawa Ya'juj wa-Ma'juj bukanlah nama
khayalan, melainkan nama dua suku bangsa yang mendiami Benua Eropah, dan yang
seluruhnya menutupi dataran Eropah. Menilik tanda-tanda yang terang tentang
identiti bangsa-bangsa itu, maka apa yang dihuraikan dalam Al-Qur'an bahawa
Ya'juj wa-Ma'juj akan mengalir dari tiap-tiap tempat tinggi, ini tak dapat
diertikan lain selain bahawa bangsa-bangsa Eropah akan menguasai seluruh muka
bumi.
Bahkan kalimah "kulli
hadabin" yang ertinya tiap-tiap tempat tinggi ini menunjukkan, bahawa
mereka bukan saja unggul dalam bidang fizik, melainkan pula dalam bidang
intelektual, sehingga bangsa-bangsa lain di dunia bukan saja diperbudak
jasmaninya, melainkan pula rohaninya. Jadi, Al-Qur'an memberi gambaran yang
nyata kepada kita tentang merajalelanya kekuasaan politik dan kebudayaan Eropah
di seluruh dunia, dan runtuhnya ummat Islam pada akhir zaman; kenyataan ini
memang aneh, tetapi ini membuktikan seterang-terangnya akan kebenaran Islam.
Bab 06 : DAJJAL MENURUT Al-HADITS
"Seakan-akan ia (Dajjal)
mirip dengan "Abdul-'Uzza". Kata seakan--akan ini terang sekali
menunjukkan bahawa Nabi Muhammad SAW menggambarkan keadaan yang beliau lihat dalam
vision (kasyaf); hal ini memberi keyakinan kepada kita bahawa ramalan beliau
mengenai Dajjal itu berasal dari kasyaf atau ru'yah. Tetapi pada waktu
menceritakan ramalan-ramalan itu, biasanya tak diterangkan bahawa kenyataan itu
dilihat dalam kasyaf atau ru'yah.
Apa-apa yang dilihat dalam ru'yah
(kasyaf) itu biasanya harus ditafsirkan. Al-Qur'an sendiri menceritakan
beberapa impian, yang ertinya berlainan sekali dengan erti kalimatnya.
Misalnya, dalam mimpi Nabi Yusuf melihat matahari, bulan dan sebelas bintang
bersujud kepada beliau. Tetapi erti impian ini yang sesungguhnya ialah bahawa
Allah akan menaikkan darjat dan kedudukan beliau.
Selanjutnya dalam mimpi Raja
melihat tujuh ekor sapi kurus menelan tujuh ekor sapi gemuk. Adapun ertinya
ialah simpanan gandum selama tujuh tahun musim baik akan habis dimakan dalam
tujuh tahun musim kering.
Dalam Hadits juga diriwayatkan
impian Nabi Muhammad yang ertinya berlainan sekali dengan kejadian yang dilihat
dalam mimpi. Misalnya, dua gelang yang beliau lihat dalam mimpi, ertinya, dua
nabi palsu; tangan panjang ertinya dermawan. Selain itu, pada umumnya orang
mengakui bahawa ramalan-ramalan itu dibungkus dengan kalam ibarat.
Oleh kerana itu, apa yang nombor
satu harus diingat sehubungan dengan ramalan-ramalan tentang Dajjal, ialah
bahawa ramalan itu penuh dengan kalam ibarat. Selanjutnya, kerana ramalan itu
tak berhubungan dengan Hukum Syari'at, maka akan mengalami dua macam kesukaran.
Pertama, orang-orang yang
menceritakan ramalan itu kurang begitu hati-hati terhadap penyimpanan sabda
yang diucapkan oleh Nabi Muhammad SAW mengenai masalah ini, seperti hati-hati
mereka terhadap penyimpanan sabda beliau mengenai Hukum Syari'at.
Kedua, oleh kerana tak ada alat
untuk mengetahui erti yang sebenarnya dari ramalan itu, sebelum ini menjadi
kenyataan, maka tak jarang terjadi bahawa ucapan Nabi Muhammad SAW itu keliru
ditangkapnya, sehingga kesan yang keliru ini mengakibatkan adanya penambahan
dan perubahan dalam Hadits itu.
Bab 07 : MENURUT AL-QUR'AN DAN
AL-HADITS, KEMENANGAN GEREJA ITU SAMA DENGAN FITNAHNYA DAJJAL
Sebagaimana kami terangkan di
muka, Al-Qur'an tak menyebutkan nama Dajjal secara khusus. Tetapi dalam Hadits
sahih diterangkan bahawa barang siapa membaca surah al-Kahfi, ia akan
diselamatkan dari fitnahnya Dajjal, padahal surah ini khusus membahas agama
Nasrani dan ajarannya yang palsu. Terutama sekali sepuluh ayat pertama dan
sepuluh ayat terakhir dari surah ini, khusus dibahas kepercayaan dan kegiatan
bangsa-bangsa Kristian. Ini menunjukkan seterang-terangnya bahawa rnenurut
Al-Qur'an, f'itnahnya Dajjal itu hanya sebutan lain saja bagi kemenangan agama
Nasrani. Dengan perkataan lain, apa yang digambarkan dalam Hadits sebagai
fitnahnya Dajjal itu tiada lain hanyalah kemenangan agama Nasrani.
Dengan suara bulat semua kitab
Hadits mengumumkan bahawa fitnahnya Dajjal adalah fitnah yang paling besar,
sampai-sampai kaum Muslimin diajarkan agar pada tiap-tiap shalat berdo'a kepada
Allah untuk diselamatkan dari fitnahnya Dajjal: "Ya Allah, aku mohon perlindungan
Dikau dari fitnahnya Masih ad-Dajjal". Selanjutnya diterangkan pula dalam
Hadits bahawa setiap Nabi memperingatkan ummatnya terhadap fitnahnya Dajjal.
Dalam Hadits dinyatakan seterang--terangnya sbb:
"Tak ada fitnah yang lebih
besar daripada fitnahnya Dajjal, sejak terciptanya Adam hingga Hari
Kiamat".
Semua kitab Hadits sama
pendapatnya tentang hal ini, dan peringatan ini diulang berkali-kali dalam
berbagai bentuk kalimat. Oleh kerana itu timbullah pertanyaan, mengapa
Al-Qur'an tak membicarakan peristiwa yang digambarkan dengan tegas oleh Nabi
Muhammad SAW sebagai fitnah yang paling besar?
Sebelum kami menjawab pertanyaan
ini, baiklah kami periksa labih dahulu sifat dua macam fitnah yang kaum
Muslimin diperingatkan akan terjadi pada akhir zaman. Pertama tentang fitnahnya
Ya'juj wa--Ma'juj, ini diuraikan seterang-terangnya, baik dalam Al-Qur'an
mahupun dalam Hadits; akan tetapi Al-Qur-an tak menerangkan tentang Dajjal,
melainkan sebagai penggantinya, Al-Qur'an hanya menerangkan fitnah besar berupa
ajaran Kristen tentang Ketuhanan nabi 'Isa. Dengan kata--kata yang tegas,
Al-Qur'an mencela ajaran ini sebagai fitnah yang paling besar bagi manusia:
"Langit hampir-hampir pecah
dan bumi membelah dan gunung--gunung runtuh berkeping-keping, kerana mereka
mengakukan seorang putera kepada Tuhan Yang Maha-pemurah" (19:90-91)
Selanjutnya Al-Qur'an
menerangkan, bahawa ajaran semacam itu tak pernah diajarkan oleh nabi 'Isa.
bahkan sebenarnya, ajaran itu bertentangan dengan apa yang diajarkan oleh nabi
'Isa.
"Tatkala Allah berfirman:
Wahai 'Isa anak Maryam, apakah engkau berkata kepada manusia ambillah aku dan
ibuku sebagai Tuhan selain Allah ? la ('Isa) berkata: Maha suci Engkau, tak
pantas bagiku mengatakan sesuatu yang aku tak berhak mengatakan itu… Aku tak
berkata kepada mereka selain apa yang Engkau perintahkan kepadaku, yakni
mengabdilah kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu" (5:116-117).
Jadi menurut Al-Qur'an, ajaran
tentang Ketuhanan nabi 'Isa tak diajarkan oleh beliau, melainkan diajarkan oleh
Anti-christ atau Dajjal. Walaupun Al-Qur'an tak menyebut-nyebut nama Dajjal,
namun Al-Qur'an membicarakan ajaran Dajjal yang sesat berupa ajaran Kristian
tentang Putera Allah.
Jika kami memperhatikan Hadits
yang bersangkutan, inipun membenarkan apa yang tersebut di atas. Dalam hubungan
ini, hal yang mula-pertama menarik perhatian kami ialah, bahawa Hadits yang
menerangkan turunnya al-Masih, hampir semuanya memikulkan satu tugas kepada
beliau, yakni "mematahkan kayu palang" (yaksirus-saliba).
Jarang sekali Hadits yang
menerangkan, bahawa beliau ditugaskan untuk membunuh Dajjal. Hal ini memang
aneh jika diingat bahawa menurut Hadits, fitnahnya Dajjal itu fitnah yang
paling besar di dunia. Fitnah ini hanya akan disingkirkan oleh tangan
Masih-Mau'ud. Akan tetapi pada waktu membicarakan turunnya al-Masih, Hadits
hanya menerangkan bahawa tugas beliau yang paling besar ialah mematahkan kayu
palang; ini menunjukkan seterang-terangnya bahawa mematahkan kayu palang adalah
sama ertinya dengan membunuh Dajjal.
Sungguh mengesankan sekali bahawa
manakala Hadits menerangkan fitnah zaman akhir, maka fitnah yang paling besar
adalah fitnahnya Dajjal; tetapi manakala Hadits menerangkan ubat yang dapat
memberantas fitnah itu, maka hanya disebut patahnya kayu palang. Mengingat
bahawa tugas utama Masih-Mau'ud ialah mematahkan kayu palang, maka teranglah
bahawa fitnahnya Dajjal dan merajalelanya agama Kristian adalah, dua sebutan
belaka bagi satu idea yang sama.
Bab 08 : MENGAPA DAJJAL DISEBUT
AL-MASIH
Sebenarnya jika orang mahu
berfikir sejenak saja, pasti akan menemukan kebenaran, mengapa Dajjal disebut
Masihid-Dajjal. Mengapa Dajjal disebut al-Masih? Kerana Dajjal selalu
menunaikan tugasnya atas nama "al-Masih", yang julukan ini diberikan
oleh Allah kepada nabi 'Isa berdasarkan wahyu-Nya. Diberikannya julukan
al-Masih kepada Dajjal menunjukkan, bahawa Dajjal akan menunaikan pekerjaan
atas nama orang suci ini, dan inilah sebenarnya yang menyebabkan dia disebut
Dajjal atau penipu, kerana ia menggunakan nama "al-Masih", seorang
Nabi dan hamba Allah yang tulus, tetapi ia berbuat sesuatu yang bertentangan
sama sekali dengan ajaran beliau.
Al-Masih 'Isa mengajarkan bahawa
Allah itu Esa, dan tak ada Tuhan selain Dia yang wajib disembah; tetapi Dajjal
mengangkat nabi 'Isa itu sendiri sebagai Tuhan. Selanjutnya, al-Masih 'Isa
mengajarkan bahawa semua Nabi adalah hamba Allah yang tulus, tetapi Dajjal
mengutuk semua Nabi yang suci sebagai orang berdosa. Mengapa demikian ? Kerana
jika para Nabi Utusan Allah ini tak dikutuk sebagai orang berdosa, maka tak
perlu timbul Putera Allah yang tak berdosa, untuk menebusi dosa sekalian
manusia.
Selanjutnya, al-Masih 'Isa
mengajarkan bahawa setiap orang akan mendapat ganjaran atau hukuman sesuai
perbuatan yang ia lakukan, tetapi Dajjal yang berkedok al-Masih mengajarkan
bahawa Putera Allah sudah cukup menebusi dosa ummat Kristian. Al-Masih 'Isa
mengajarkan bahawa orang kaya tak dapat masuk dalam kerajaan Syurga, tetapi
Dajjal yang mengaku-ngaku al-Masih mengajarkan supaya manusia menumpuk-numpuk
kekayaan. Singkatnya, kitab-kitab Hadits menggunakan julukan "Al-Masihid
Dajjal" hanyalah untuk menjelaskan, bahawa Dajjal adalah nama lain belaka
bagi agama Kristian sekarang ini. Nama Al-Masih dan agama al-Masih hanyalah
digunakan sebagai kedok untuk menutupi penipuan (dajala) yang ada di belakang
itu.
Bab 09 : HADITS TENTANG DAJJAL
Hadits tentang Dajjal adalah
banyak sekali, dan diriwayatkan oleh sejumlah besar Sahabat Nabi, sehingga tak
perlu dipersoalkan lagi tentang mutawatir-nya; walaupun masih perlu
dipersoalkan tentang terpenuhinya ramalan itu secara terperinci. Hadits-hadits
itu termuat dalam kitab-kitab Hadits yang amat sahih, bahkan yang termuat dalam
kitab Bukhari dan Muslim tak sedikit jumlahnya.
Hadits tentang Dajjal yang
termuat dalam Musnad Imam Ahmad bin Hambal berjumlah seratus, dan di antara
yang meriwayatkan Hadits; terdapat sahabat kenamaan, seperti sayyidina Abu
Bakar, 'Ali, Siti 'Aisyah, Sa'd bin Abi Waqqas; Abdullah bin Abbas, Abdullah
bin 'Umar, Abdullah bin 'Amr, Abu Hurairah, Abu Said Khudri, Anas bin Malik,
Jabir, Hisyam bin Amir, Samrah bin Jundab, Ubayya bin Ka'b, Safinah, Imran bin
Husain, Nawas bin Sam'an, Ummu Syarik, Fatimah binti Qais, Ubadah bin Samit,
Abu Ubaidah bin Al-Jarrah, Asma' binti Yazid, dan Mughirah bin Syu'bah.
Masih banyak Sahabat lagi yang
meriwayatkan Hadits tentang Dajjal. Para Sahabat ini semua sependapat bahawa
Nabi Muhammad SAW berulang--ulang menceritakan Dajjal, hingga tak perlu
diragukan lagi tentang adanya kenyataan bahawa sumber yang mengalirkan ramalan
itu adalah Nabi Muhammad SAW sendiri.
Bab 10 : APAKAH DAJJAL ITU ORANG
ATAUKAH BANGSA ?
Memang benar bahawa kebanyakan
Hadits menggambarkan seakan--akan Dajjal itu orang yang bermata satu, yang di
dahinya terdapat tulisan Arab yang terdiri dari huruf kaf, fa' dan ra' (atau kafara, ertinya
kafir), dan yang membawa keldai, sungai dan api. Tetapi jika Hadits--hadits itu
kita sesuaikan dengan huraian Al-Qur'an, maka akan nampak dengan jelas, bahawa
Dajjal bukanlah nama orang, melainkan suatu bangsa, atau lebih tepat lagi,
segolongan bangsa.
Dengan tegas Al-Qur'an
mempersamakan Dajjal dengan bangsa-bangsa Kristian, dan lagi, Al-Qur'an
menyatakan bahawa Dajjal dan Ya'juj wa-Ma'juj bukanlah dua jenis makhluk yang
berlainan, kerana fitnah yang ditimbulkan oleh mereka itu disebutkan
bersama-sama.
Kami juga mempunyai bukti dari
kitab Bible yang menerangkan, bahawa Ya'juj wa-Ma'juj adalah bangsa--bangsa
Eropah. Dengan demikian teranglah bahawa Dajjal juga bererti bangsa.
Sebagaimana telah kami terangkan di muka, fitnah Dajjal itu bersumber pada
menangnya agama Kristian.
Ada sebuah Hadits yang
diriwayatkan oleh Imam Muslim yang membuktikan bahawa Dajjal itu bukan orang
melainkan bangsa, sebagaimana Roma dan Parsi yang diuraikan dalam Hadits itu bukanlah
tempat melainkan bangsa. Hadits itu berbunyi sbb:
"Rasulullah SAW bersabda:
Kamu akan bertempur dengan Jazirah Arab, dan Allah akan memberi kemenangan
kepada kamu, lalu kamu akan bertempur dengan Parsi, dan Allah akan memberi
kemenangan kepada kamu; lalu kamu akan bertempur dengan Roma, dan Allah akan
memberi kemenangan kepada kamu; lalu kamu akan bertempur dengan Dajjal, dan
Allah akan memberi kemenangan kepada kamu".
Di sini pertempuran dengan Dajjal
dihuraikan dengan kalimat yang sama seperti pertempuran dengan Arab, Parsi dan
Roma. Ini menunjukkan bahawa Dajjal adalah bangsa, seperti halnya Arab, Parsi
dan Roma. Boleh jadi yang diisyaratkan di sini ialah Perang Salib, tetapi
mungkin pula mengisyaratkan peristiwa yang terjadi di dunia pada zaman
sekarang. Namun satu hal sudah pasti, yakni bahawa menurut Hadits ini, Dajjal
bererti bangsa atau segolongan bangsa; seperti halnya Persi atau Roma.
Tetapi masih saja harus
dijelaskan, mengapa dalam Hadits dijelaskan seakan-akan Dajjal itu orang. Sebagaimana
telah kami terangkan, semua ramalan Nabi Suci itu didasarkan pada ru'yah atau
kasyaf (vision), dan dalam ru'yah atau kasyaf, suatu bangsa hanya digambarkan
sebagai orang-seorang. Sebenarnya, bangsa itu dikenal dari ciri-cirinya; dan
dalam ru'yah, ciri-ciri ini hanya dapat diperlihatkan dalam bentuk
orang--seorang. Bahkan dalam bahasa sehari-hari, bangsa itu diajak bicara
bagaikan orang. Misalnya, Al-Qur'an mengajak bicara bangsa Israil, seakan--akan
bangsa Israil itu orang. Bacalah misalnya, ayat Al-Qur'an berikut ini:
"Wahai kaum Bani Israil,
ingatlah akan nikmat-Ku yang Aku berikan kepada kamu, dan bahawa Aku memuliakan
kamu di atas sekalian bangsa" (2:47).
Kaum Bani Israil yang
diperingatkan di sini ialah mereka yang hidup pada zaman Nabi Muhammad SAW,
tetapi peristiwa yang dimaksud ialah yang terjadi pada zaman nabi Musa, atau
beberapa abad sesudah beliau. Kenikmatan yang teruraikan dalam ayat ini telah
diberikan, kepada kaum Bani Israil zaman dahulu, tetapi ayat Al-Qur'an ini
ditujukan kepada kaum Bani Israil zaman sekarang yang sedang dalam keadaan hina
dan suram. Tetapi seluruh kaum Bani Israil ini dikatakan bagaikan satu orang.
Demikianlah seluruh bangsa Dajjal
diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam ru'yah bagaikan satu orang, padahal
Dajjal seperti yang digambarkan oleh Al-Qur'an menunjukkan bahawa Dajjal adalah
segolongan bangsa yang ciri-ciri khasnya sudah dikenal.
Bab 11 : GAMBARAN DAJJAL MENURUT
AL-HADITS
Segala macam keistimewaan yang
kami lihat pada peradaban Barat sekarang ini, semuanya sesuai dengan ciri-ciri
Dajjal yang dilihat oleh Nabi Muhammad SAW dalam ru'yah. Memang benar bahawa
bangsa-bangsa ini mempunyai sedikit perbedaan satu sama lain, tetapi ada satu
hal yang semuanya sama. Dan ciri yang sama inilah yang digambarkan oleh Nabi
Muhammad SAW dalam memberi gambaran tentang Dajjal.
Kami hanya akan mengutip
Hadits-hadits yang menghuraikan ciri-ciri Dajjal. Marilah kita mulai dengan
Hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari :
1. "Dan aku melihat orang
yang berambut ikal pendek, yang mata-kanannya buta Aku bertanya: Siapakah ini?
Lalu dijawab, bahawa ia adalah Masihid - Dajjal" (Bukhari 77:68,92)
2. "Awas! dia pecak (buta
sebelah)… dan di antara dua matanya, tertulis 'Kafir'…" (Bukhari 93:27).
Dari gambaran tersebut dapatlah
kami catat:
1. Bahawa mengenai bentuknya,
Dajjal digambarkan berbadan kekar.
2. Bahawa roman-mukanya putih dan
mengkilat.
3. Bahawa rambut kepalanya pendek
dan ikal.
Tiga gambaran ini sesuai sekali
derigan bentuk orang-orang Eropah pada umumnya. Mereka itu pada umumnya
berbadan kekar; bertubuh baik dan kuat; rambutnya pendek dan ikal,
sampai-sampai wanitanya pun memotong pendek rambutnya; kulit mereka putih dan
mengkilat. Jadi, gambaran tentang ciri-ciri Dajjal tersebut, cocok sekali dengan
perwujudan orang-orang Eropah.
Adapun dua ciri lainnya, yakni,
bahawa mata kanan Dajjal buta, dan pada dahinya tertulis kaf, fa' dan ra' atau
kaflr, ini menggambarkan keadaan rohani Dajjal yang sebenarnya. Sebagaimana
telah kami terangkan, Dajjal menggambarkan suatu bangsa. Sebagai bangsa, tak
mungkin semuanya buta mata jasmaninya.
Selain itu, Dajjal yang
digambarkan buta mata kanannya, mata-kiri Dajjal digambarkan bersinar
gemerlapan bagaikan bintang. Dengan perkataan lain, mata-kanan Dajjal digambarkan
hilang cahayanya, tetapi mata-kirinya bersinar terang. Penjelasan yang
diberikan oleh Imam Raghib tentang mata Dajjal yang buta sebelah kanannya,
sungguh ilmiyah sekali. Pada waktu menjelaskan erti kata al-Masih, beliau
menerangkan bahawa kata masaha bererti menghapus sesuatu, lalu beliau
menambahkan keterangan sbb:
"Diriwayatkan bahawa
mata-kanan Dajjal hilang penglihatannya, sedangkan nabi 'Isa mata-kiri
beliaulah yang hilang penglihatannya; dan ini bererti bahawa Dajjal tak
mempunyai sifat-sifat akhlak tinggi, seperti misalnya kearifan, kebijaksanaan
dan rendah hati; sedangkan nabi 'Isa tak mempunyai kejahilan, keserakahan,
kerakusan dan sebagainya yang termasuk jenis akhlak yang rendah".
Jadi, gambaran Dajjal buta
mata-kanannya janganlah ditafsirkan secara harfiyah, melainkan secara kalam
ibarat, yakni harus diertikan bahawa Dajjal tak mempunyai akhlak yang baik.
Bahawa dua mata manusia itu, yang
satu digunakan untuk melihat hal-hal yang berhubungan dengan kerohanian dan
agama, dan yang satu lagi digunakan untuk melihat hal-hal yang berhubungan
dengan kebendaan dan keduniaan. Oleh kerana hal-hal yang berhubungan dengan
agama dan kerohanian itu lebih tinggi kedudukannya daripada hal-hal yang
berhubungan dengan kebendaan dan keduniaan, maka buta mata kanan Dajjal bererti
bahawa Dajjal sedikit sekali perhatiannya terhadap hal-hal yang berhubungan
dengan agama atau kerohanian, dan ini sesuai sekali dengan apa yang dialami
oleh bangsa-bargsa Eropah sekarang ini.
Seluruh perhatian mereka
ditujukan kepada hal-hal yang berhubungan dangan kebendaan dan keduniaan dan
kemajuan mereka dalam bidang ini tak ada bandingannya. Inilah yang dimaksud
dengan apa yang dihuraikan dalam Hadits, bahawa mata-kiri Dajjal bersinar
gemerlapan bagaikan bintang. Ertinya, Dajjal mampu melihat segala macam
barang-barang duniawi, yang bangsa-bangsa lain tak mempunyai pengertian tentang
itu. Tetapi mata rohani Dajjal tak mempunyai penglihatan yang tajam, kerana
semua kekuatan Dajjal dihabiskan guna kepentingan urusan duniawi. Sukses Dajjal
yang tak ada taranya dalam urusan duniawi mengakibatkan buta sebelah.
Penjelasan ini sungguh mengagumkan dan sesuai sekali dengan apa yang dikatakan
oleh Al-Qur'an tentang bangsa-bangsa
Kristian:
"Orang-orang yang usahanya
menderita rugi dalam kehidupan dunia, dan mereka mengira bahawa mereka amat
pandai dalam membuat barang-barang" (18:104)
Hadits Nabi melukiskan hal ini
dengan kalam ibarat, bahawa mata- kiri Dajjal, iaitu, mata-duniawi bersinar
gemerlapan bagaikan bintang. Adapun keadaan rohani bangsa-bangsa Dajjal Allah
berfirman sbb:
"Mereka adalah orang-orang
yang mengkafiri ayat Tuhan, dan (mengakhiri) perjumpaan dengan Dia" (18 :
105).
Hadits Nabi menjelaskan hal ini
dengan caranya sendiri, iaitu, bahawa mata-kanan Dajjal tak mempunyai kekuatan
untuk melihat ayat Tuhan.
Tanda Dajjal yang lain, yakni
tulisan kafara atau kafir pada dahinya ini berkenaan pula dengan keadaan
rohaninya. Jika orang berkata, bahawa pada dahi seseorang terdapat tulisan anu,
ini sama ertinya dengan mengatakan, bahawa anu itu adalah fakta
senyata-nyatanya bagi dia. Maka dari itu, huraian Hadits bahawa pada dahi
Dajjal terdapat tulisan kafir, ini hanyalah bererti bahawa kekafiran itu
merupakan kenyataan yang senyata-nyatanya bagi dia.
Kata-kata Hadits itu sendiri
sudah menerangkan; bahawa demikian itulah nyatanya. Pertama-tama, Hadits
menerangkan bahawa tiap-tiap mukmin dapat membaca tulisan itu; jadi bukan
tiap-tiap orang dapat membaca tulisan itu. Lalu ditambahkan kata penjelasan
tentang orang mukmin itu, yakni, "baik ia buta huruf atau mengerti tulis
menulis." Ertinya, tiap-tiap orang mukmin dapat memahami tulisan itu, baik
ia mengerti tulis-menulis atau tidak.
Sudah terang, bahawa tulisan yang
dapat dibaca oleh tiap-tiap orang mukmin, baik ia mengerti tulis-menulis atau
buta huruf, tak mungkin berwujud kata-kata atau huruf. Jika tulisan itu
berwujud kata-kata atau huruf, niscaya tak dipersoalkan lagi apakah pembacanya
mukmin atau kafir, demikian pula tak perlu dinyatakan bahawa orang mukmin dapat
membaca tulisan itu sekalipun ia buta-huruf.
Kepandaian membaca tulisan, tak
ada sangkut pautnya dengan urusan iman. Setiap orang yang tak buta huruf pasti
dapat membaca tulisan, sedangkan orang buta huruf, sekalipun ia orang mukmin
sejati, ia tetap tak dapat membaca tulisan. Oleh kerana itu, tulisan yang
dimaksud bukanlah tulisan biasa, melainkan menifestasinya perbuatan seseorang.
Pernyataan bahawa tulisan itu hanya dapat dibaca oleh orang mukmin saja, ini
bererti, bahawa orang kafir tak pernah sedar akan kekafirannya, sehingga
memerlukan mata orang mukmin untuk membaca buruknya kekafiran mereka.
Bab 12. TEMPAT TINGGAL DAJJAL
PADA ZAMAN NABI
Sebuah Hadits menerangkan, bahawa
pada suatu hari sehabis salat berjama'ah, Nabi Muhammad SAW menahan para
Sahabat dan berkata sbb : "Tamim Dari, seorang Kristian yang memeluk
Islam, ia menceritakan kepadaku tentang Dajjal, yang sesuai dengan apa yang
pernah aku ceritakan kepada kamu". Lalu beliau menceritakan ceritera Tamim
Dari sbb :
"Pada suatu hari ia belayar
dengan beberapa orang dari kabilah Lakhm dan Judham. Setelah berlayar sebulan
lamanya, mereka mendarat di sebuah pulau, di mana mereka berjumpa untuk pertama
kali dengan seekor makhluk yang aneh, yang menamakan dirinya Jassassah (makna
aslinya mata-mata). Jassasah memberitahukan kepada mereka tentang seorang
laki-laki yang tinggal dalam Gereja. Kemudian mereka mengunjungi orang itu
dalam Gereja, yang nampak seperti raksasa, yang tangannya diikat pada lehernya,
dan kakinya diikat dengan rantai, dari lutut hingga mata-kaki. Mereka
bercakap-cakap dengan orang ini, yang tiba-tiba ia bertanya kepada mereka
tentang Nabi SAW, dan ia mengakhiri percakapannya dengan ucapan: 'Aku adalah
Masihid - Dajjal, dan aku berharap semoga aku segera dibebaskan, lalu aku dapat
menjelajahi seluruh dunia, kecuali Makkah dan Madinah".
Satu hal yang sudah pasti ialah
bahawa seluruh ceritera ini bukanlah kejadian biasa, melainkan sebuah vision
(ru'yah). Adapun bukti bahawa kejadian itu terjadi dalam ru'yah ialah adanya
kenyataan bahawa Dajjal bertanya kepada mereka sbb: "Ceriterakanlah
kepadaku tentang Nabi bangsa Ummi (bangsa Arab), apakah yang ia kerjakan".
Pertanyaan mereka dijawab sbb:
"Beliau meninggalkan Makkah dan sampai di Madinah". Dalam Hadits
lain, Dajjal diriwayatkan bertanya sbb: "Orang ini yang muncul di antara
kamu, apakah yang ia kerjakan?" (Kanzul--Ummal jilid VII, hal 2024).
Bagaimana mungkin Dajjal tahu bahawa Nabi bangsa Arab telah muncul? Apakah
Dajjal telah menerima wahyu? Sudah barang tentu tidak. Dan pula tak mungkin
bahawa ini adalah perkara tekaan.
Kejadian-kejadian lain yang
diceriterakan dalam Hadits ini, semuanya menguatkan pendapat bahawa ini terjadi
dalam ru'yah. Misalnya, siapakah yang mengikat tangan Dajjal pada lehernya?
Siapakah yang mengikat kakinya dengan rantai? Bolehkah kami mengira bahawa
Dajjal dilahirkan dalam keadaan demikian? Mengapa jassasah tidak melepas rantai
Dajjal? Segala persoalan yang rumit ini hanya dapat dipecahkan apabila kami
menganggap ceritera ini berasal dari ru'yah Tamim Dari.
Segala sesuatu yang diketahui
oleh Nabi Suci yang berhubungan dengan masalah ini juga berlandaskan ru'yah.
Allah tak pernah membawa beliau ke sebuah pulau, dan menyuruh beliau melihat
Dajjal dengan mata-kepala sendiri. Sebaliknya, hanya melalui ru'yah sajalah,
beliau melihat sifat-sifat Dajjal. Beliau menyajikan ru'yah Tamim Dari ini,
sekadar untuk memperkuat apa yang diketahui oleh beliau dalam ru'yah
sebagaimana beliau menceriterakan juga impian para Sahabat lainnya. Hadits ini
memberi petunjuk kepada kita, di mana tempat-tinggal Dajjal :
1. Ia bertinggal di sebuah pulau.
2. Letak pulau ini sejauh satu bulan
pelayaran dari Syria .
Masih ada satu lagi yang orang
dapat ketahui dari Hadits ini, yakni, bahawa pada zaman Nabi, Dajjal sudah ada,
tetapi ia belum diizinkan keluar. Hal ini akan kami huraikan nanti dengan
panjang-lebar.
Dua catatan tersebut di atas
memberi petunjuk seterang-terangnya akan tempat-tinggal Dajjal. Sudah terang
bahawa Eropa didiami pula oleh bangsa-bangsa lain, tetapi bangsa Inggeris
mempunyai kekuasaan dan kebesaran yang tak pernah jatuh di tangan bangsa lain
di benua itu. Itulah sebabnya mengapa benua Barat disebutkan secara khusus
sebagai tempat-tinggal Dajjal.
Bab 13. AGAMA DAJJAL
Kelak akan kami terangkan apakah
yang dimaksud kaum Yahudi menyertai Dajjal. Bahkan kaum Yahudi akan menyertai
Dajjal tidaklah bererti bahawa Dajjal adalah kaum Yahudi. Kerana jika bererti
demikian, bagaimanakah erti Hadits lain yang menerangkan bahawa sebahagian
ummat Nabi Muhammad akan mengikuti Dajjal dan menjadi korban tipu-muslihatnya.
Adapun Hadits itu berbunyi sbb :
"Tujuh puluh ribu ummatku
akan mengikuti Dajjal" (Misykat, ha1.477)
Sebagaimana telah kami terangkan,
julukan Masihid-Dajjal itu menunjukkan, bahawa bangsa Dajjal akan mengaku
sebagai pengikut Masih-'Isa. Hal ini diterangkan sejelas-jelasnya dalam Hadits
Tamim Dari tersebut di atas. Isyarat supaya mengunjungi orang yang berada di
dalam Gereja itu seperti yang diterangkan dalam Hadits Tamim Dari, adalah
penting sekali ertinya.
Sudah terang bahawa Gereja adalah
simbul agama Nasrani, dan raksasa yang menyimbulkan ummat yang terdapat dalam
Gereja itu tiada lain ialah ummat Nasrani. Adapun Jassasah (mata-mata Dajjal)
hanya mempunyai satu tugas, iaitu, menganjurkan supaya orang-orang pergi ke
Gereja, ertinya, supaya menjadi orang Kristian. Berikut ini adalah ucapan
Jassasah yang sebenarnya: "Gereja yang kamu lihat itu, masuklah ke dalam".
Bab 14. TEMPAT MUNCULNYA DAJJAL.
Agaknya menarik perhatian sekali
bahawa menurut Hadits Tamim Dari, Dajjal tinggal di sebuah pulau yang letaknya
di sebelah Barat Syria ,
sedang tempat munculnya dikatakan oleh Hadits lain, berada di Timur. Lengkapnya,
Hadits ini berbunyi sbb:
"Tidak! Ia (Dajjal) akan
muncul di sebelah Timur; tidak, ia akan muncul di sebelah Timur; tidak, ia akan
muncul di sabelah Timur" (Kanzul-'Ummal jilid VII, halaman 2988).
Sebelum kami menerangkan
perinciannya, marilah kita tinjau lebih dahulu lain-lain Hadits yang sama
ertinya, yakni bahawa Dajjal akan muncul di Timur. Salah satu Hadits berbunyi
sbb :
"Nabi Muhammad SAW menunjuk
hampir dua puluh kali ke arah Timur" (Kanzul-'Ummal, jilid VIl, halaman
2991 ).
Dalam sebuah Hadits yang
diriwayatkan oleh Imam Muslim mengatakan: "Tidak ! Ia akan muncul di
Timur" diikuti dengan kalimah: "Beliau menunjuk dengan tangannya ke
arah Timur". Jadi jika di suatu Hadits dikatakan bahawa tempat tinggal
Dajjal ialah sebuah pulau di Barat, tetapi di lain Hadits diterangkan bahawa
tempad munculnya Dajjal, atau lebih tepat lagi, tempat munculnya fitnah Dajjal
ialah di Timur.
Ini menunjukkan bahawa
merajalelanya Dajjal akan membahayakan bangsa--bangsa di Timur. Adapun
kenyataan yang tak dapat dibantah lagi, bahawa fitnahnya Dajjal tak akan
menimpa bangsanya sendiri, bahkan mereka akan memperolehi keuntungan dari hasil
perompakan di Timur. Jadi yang dimaksud munculnya Dajjal di Timur ialah
merajalelanya fitnah Dajjal di negara-negara Timur dengan jalan memperbudak
penduduknya, baik jasmani mahupun rohani, lahiriyah mahupun batiniyah.
Menurut apa yang diterangkan
dalam Hadits, terang sekali bahawa pada zaman Nabi, Dajjal itu sudah ada, akan
tetapi pada waktu itu tangan dan kakinya dirantai. Inilah gambaran yang
sebenarnya bagi bangsa-bangsa Eropah pada waktu itu. Mereka mengurung diri
dalam tanah air mereka sendiri, lalu pada suatu ketika, mereka mengalir ke
seluruh dunia untuk menakluki dan
menjajah negara-negara lain, sehingga mereka benar-benar menguasai, atau
setidak-tidaknya memaksakan pengaruhnya terhadap negara-negara itu, sehingga
gerak--geri negara-negara itu dipimpin dan diawasi oleh bangsa-bangsa Eropah.
Itulah sebabnya mengapa di dalam
Hadits diterangkan bahawa Dajjal mengaku Tuhan, kerana segala sesuatu di dunia
dikerjakan menurut perintah Dajjal, seakan-akan dialah yang menguasai dan
menentukan nasib bangsa-bangsa lain. Inilah apa pula yang dimaksud oleh Hadits
lain yang menerangkan bahawa Dajjal ialah yang menentukan hidup-matinya
orang-orang. Dengan perkataan lain, Dajjal akan meninggikan dan merendahkan
darjat bangsa-bangsa lain menurut apa yang dianggap sesuai dengan tujuannya.
Bab 15. FITNAH YANG PALING BESAR
Dalam Sahih Muslim ada sebuah
Hadits yang berbunyi sbb: "Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari
Kiamat, tak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal" (Misykat,
hal. 472).
Kata-kata seperti itu, terdapat
pula dalam kitab Hadits yang lain. Misalnya, dalam sebuah Hadits, Nabi SAW
diriwayatkan bersabda sbb : "Wahai manusia ! Semenjak Allah menciptakan
bani Adam, tak ada fitnah di muka bumi yang lebih besar dari pada fitnahnya
Dajjal" (Kanzul-'Ummal, jilid VII, halaman 2028).
Hadits-hadits tersebut
membuktikan bahawa fitnahnya Dajjal itu tiada lain ialah merejalelanya
Imperialis Eropah sekarang ini dan menangnya agama Nasrani. Kenyataan
menunjukkan bahawa sejarah ummat manusia tak dapat mempertunjukkan fitnah lain
yang besarnya seperti itu.
Memang dalam sejarah pernah
terjadi suatu bangsa menundukkan bangsa lain dan menguasai aspek kehidupan
mereka, tetapi contoh tentang penjajahan yang menyeluruh seperti yang kita
saksikan sekarang ini berupa merajalelanya imperialis dan kebudayaan Eropah di
seluruh dunia, belum pernah terjadi. Daratan dan lautan semuanya dikuasai oleh
imperialis Eropah.
Demikian pula kita tak dapat
menemukan persamaannya tentang cara-cara kaum imperialis Barat memperbudak
bangsa-bangsa lain di dunia. Yang lebih istimewa lagi ialah bahawa mereka
memiliki segala macam senjata yang dengan senjata itu, orang-orang dapat
tersesat dari jalan benar dan jalan kesucian. Di sebelah sini, mereka
menyesatkan orang-orang melalui sistem pendidikan, dan di sebelah sana, mereka
mencapai tujuan mereka melalui penyiaran agama; kadang-kadang untuk mencapai
tujuan mereka, mereka melumpuhkan jiwa manusia dengan memberikan kepada mereka
kemewahan dan kesenangan jasmani; dan kadang-kadang diberikan kepada mereka
hiburan-hiburan yang dapat melupakan rohani mereka sama sekali.
Sering pula ilmu pengetahuan mereka
digunakan untuk menghancurkan rohani ummat manusia. Pendek kata, di seluruh
sejarah manusia, fitnahnya Dajjal tak ada taranya, dan sabda Nabi SAW bahawa
tak ada fitnah yang lebih besar daripada fitnahnya Dajjal, ini terpenuhi berupa
merajalelanya kaum imperialis Eropa, yang bukan saja membahayakan aspek
kehidupan jasmani, melainkan pula membahayakan aspek kehidupan moral dan
rohani.
Bab 16. TANDA-TANDA DAJJAL.
Berikut ini kami kutipkan
beberapa Hadits yang menerangkan tanda-tanda yang mengiringi munculnya Dajjal.
Adapun erti tanda--tanda itu akan kami terangkan kelak.
I. Syurga dan Neraka Dajjal
"Ia (Dajjal) akan datang
dengan membawa semacam syurga dan neraka; dan apa yang ia katakan syurga itu
sebenarnya, neraka" (Misykat, halaman 473).
"Dan ia akan membawa air dan
api. Dan apa yang orang-orang melihatnya air, itu sebenarnya api yang
menghanguskan; dan apa yang orang-orang melihatnya api, itu sebenarnya air
tawar yang sejuk" (Misykat, halaman 473)
"Ia akan membawa api dan
sungai dan barang siapa jatuh dalam apinya, ia akan memperolehi ganjaran dan
disingkirkan bebannya." (Kanzul-'Ummal, jilid VII, halaman 2975)
"la akan membawa gunung roti
dan sungai penuh air "(Kanzul-'-Ummal, jilid VII, halaman 2985).
"Ia membawa dua sungai, yang
satu penuh air, dan satu lagi penuh api" (idem, halaman 2985)
"Dajjal akan muncul dengan
membawa sungai dan api; barang siapa masuk dalam sungainya; ia akan memikul
beban dan dilenyapkan ganjarannya; dan barangsiapa masuk dalam apinya, akan
memperoleh ganjaran dan dihilangkan bebannya" (idem, halaman 2029).
Di antara fitnah Dajjal ialah
bahawa ia akan membawa syurga dan neraka; adapun neraka Dajjal ialah syurga,
dan syurga Dajjal ialah Neraka. Maka barangsiapa diuji dengan neraka Dajjal,
hendaklah ia mohon pertolongan Allah sambil membaca permulaan surat al--Kahfi, maka neraka akan menjadi
dingin dan damai" (idem, halaman 2028).
"Dan ia akan membawa semacam
syurga dan neraka. Dan syurga Dajjal penuh dengan asap, sedangkan neraka Dajjal
adalah kebun yang menghijau" (idem, halaman 2074).
Hadits yang lain berbunyi:
"Sungguh ia akan membawa
syurga dan neraka. Adapun neraka Dajjal ialah syurga, dan syurga Dajjal ialah
Neraka. maka barang siapa diuji dengan neraka Dajjal, hendaklah ia menutup
matanya dan mohon pertolongan Allah, dan neraka itu akan dingin dan damai"
(idem, halaman 2079).
"Bagaimana perasaan kamu
jika kamu diuji oleh seseorang yang sungai-sungai dan buah-buahan di bumi akan
dibikin tunduk kepadanya" (idem, halaman 2090).
"Ia akan menjelajah dengan
membawa dua gunung. Yang satu, penuh dengan pohon, buah-buahan dan air, dan
yang lain, penuh dengan api dan asap. Ia berkata: Ini adalah syurga, dan ini
adalah neraka" (idem, halaman 2110).
II. Kecepatan dan kendaraan
Dajjal
"Kami bertanya: Wahai
Rasulullah, bagaimanakah cepatnya perjalanan Dajjal di muka bumi? Beliau
menjawab: seperti cepatnya awan ditiup angin" (Misykat bab Dajjal).
"Bumi akan digulung
untuknya; ia menggenggam awan di tangan kanannya, dan mendahului matahari di
tempat terbenamnya; lautan hanya sedalam mata-kakinya; di depannya adalah
gunung yang penuh asap" (Kanzul-'Ummal, jilid VII, halaman 2998).
"Ia akan meloncat-loncat di
antara langit dan bumi" (Abu Dawud).
.
"Dajjal akan muncul dengan
naik keledai putih; yang jarak antara dua telinganya adalah tujuh puluh
yard" (Misykat, halaman 477)
"Ia mempunyai seekor keledai
yang ia naiki, yang jarak antara dua telinganya adalah empat puluh yard"
(Kanzul-'Ummal, jilid VII, halaman 2104).-
"Ia menaiki seekor keledai
putih, yang masing-masing telinganya tiga puluh yard panjangnya, dan jarak
antara kaki yang satu dengan kaki yang lain adalah perjalanan sehari
semalam" (idem, halaman 2998).
III. Harta kekayaan Dajjal
"Dan ia melalui hutan rimba,
dan ia berkata kepadanya: Keluarkanlah kekayaanmu, maka kekayaaan rimba itu
mengikuti dia, bagaikan lebah mengikuti ratunya" (Misykat, halaman 473).
IV. Kawan-kawan Dajjal hidup
senang, dan musuh-musuh Dajjal hidup sengsara
"Ia datang pada suatu kaum
dan mengajak mereka (supaya mengikuti dia), dan kaum itu beriman kepadanya, ia
memberi perintah kepada langit, maka turunlah hujan, lalu ia memberi perintah
kepada bumi, maka keluarlah tumbuh-tumbuhan. Lalu ia datang kepada kaum yang
lain, dan mengajak mereka (supaya mengikuti dia), dan kaum itu menolak
ajakannya, maka berpalinglah ia dari mereka, lalu kaum itu tertimpa kelaparan,
dan tak ada sedikit kekayaan pun yang mereka kuasai" (Misykat, halaman
473).
"Dan di antara fitnah Dajjal
ialah, apabila ia datang pada suatu kaum yang tak mahu beriman kepadanya, maka
tiada lagi ternak mereka yang tertinggal, melainkan binasalah semuanya; dan
apabila ia datang pada kaum lain yang beriman kepadanya, maka ia memberi
perintah kepada langit, lalu turunlah hujan, dan ia memberi perintah kepada bumi,
lalu keluarlah tumbuh-tumbuhan" (Kanzul--'Ummal, jilid VII. halaman 2028).
"Sungai-sungai dunia dan
buah-buahan akan tunduk kepada Dajjal; maka barangsiapa mahu mengikuti dia, ia
akan memberi makan kepadanya dan menjadikan dia seorang kafir dan barang siapa
menentang dia, maka persediaan makanannya akan dirampas dan dihentikan
mata-pencariannya" (Kanzul-'Ummal; jilid VII halarnan 2090).
"Ada beberapa kaum yang bersahabat dengan
Dajjal akan berkata: "Sesungguhnya kami tahu bahawa Dajjal adalah kafir,
tetapi kami bersahabat dengan Dajjal, agar kami dapat makan dari makanannya,
dan agar kami dapat memberi makan ternak kami dari pohon-pohonnya" (idem,
halaman 2092).
"Dan ia (Dajjal) akan
membawa gunung roti, dan sekalian manusia akan mengalami kesukaran, kecuali
orang yang mengikuti dia" (idem, halaman 2104).
V. Pertemuan Dajjal dangan roh
"bersama-sama Dajjal akan
dibangkitkan setan-setan yang rupanya mirip dengan orang-orang yang telah
meninggal, apakah itu ayah ataukah saudara" (idem, halaman 2065).
"Setan-setan yang rupanya
mirip dengan orang yarg telah meninggal akan menyertai Dajjal, dan mereka akan
berkata kepada orang yang masih hidup: Kenalkah engkau padaku? Aku adalah
saudaramu; aku adalah ayahmu; atau aku adalah salah seorang kerabatmu" (idem,
hal. 2078).
"Bersama-sama Dajjal akan
dibangkitkan setan-setan yang akan bercakap-cakap dengan manusia" ( idem,
halaman 2104).
VI. Kaum Yahudi di belakang
Dajjal
"Dan di belakangnya ialah
Dajjal yang bersama-sama dia adalah tujuh puluh ribu orang Yahudi" (idem,
halaman 2028)
"Kebanyakan orang yang
mengikuti Dajjal ialah kaum Yahudi, para wanita, dan rakyat jelata"
(Kanzul-'Ummal, jilid VII, hal. 2065).
"Kebanyakan orang yang
menyertai Dajjal ialah kaum Yahudi, dan para wanita" (idem, halaman 2214).
"Dajjal musuh Allah, akan
muncul dan dia akan disertai oleh bala tentera yang terdiri dari kaum Yahudi
dan segala macam bangsa" (idem, halaman 2974).
VII. Pengaruh Dajjal Terhadap
Wanita
"Dan orang yang paling akhir
yang mendatangi Dajjal ialah kaum wanita, sampai-sampai seorang lelaki
mendatangi ibunya, anaknya perempuan, saudaranya perempuan dan mak saudaranya,
lalu mengikat mereka, agar mereka tak datang kepada Dajja!" (idem, hal.
2116).
VIII. Dajjal dan anak-anak yang
tidak sah
"Awas! Kebanyakan kawan dan
pengikut Dajjal ialah kaum Yahudi dan anak-anak yang tidak sah" (idem,
halaman 2998)
IX. Laki-laki seperti wanita, dan
wanita seperti laki-laki
"Dan para wanita akan nampak
seperti laki-laki dan laki-laki akan nampak seperti wanita" (idem, halaman
2998)
X. Penyembuhan Ajaib
"Dan Dajjal akan
menyembuhkan orang buta, orang sakit lepra, dan akan menghidupkan orang
mati" (idem; halaman 2080)
XI. Bisikan Jahat Dajjal
"Barangsiapa mendengar
perihal Dajjal, hendaklah menyingkir daripadanya. Demi Allah! Orang akan
mendatangi Dajjal, dan ia menyangka bahawa dia adalah orang mukmin, dan ia akan
mengikuti dia (Dajjal) kerana syak wasangka yang ditimbulkan dalam
batinnya" (Kanzul-'Ummal, jilid VII, halaman 2057)
XII. Munculnya Dajjal
"Ia (Dajjal) akan berkata:
Apabila rantai yang mengikat aku ini lepas, aku tak akan membiarkan sejengkal
tanah pun yang tak di-injak oleh kakiku, terkecuali kota suci Madinah" (idem, halaman 2991 )
"Dan tak sejengkal tanah pun
di muka bumi ini yang tak dikuasai oleh Dajjal, terkecuali kota Makkah dan Madinah" (idem, hal.
2028).
"Dan tak lama lagi, aku
(Dajjal) akan diizinkan keluar, maka aku akan keluar dan mengadakan perjalanan
di muka bumi, dan tak satu tempat-tinggal pun yang tak kusinggahi selama empat
puluh malam, terkecuali Makkah dan Madinah" (idem, halaman 2988).
Bab 17. SYURGA DAN NERAKA DAJJAL
Menurut Hadits, tanda Dajjal yang
paling besar adalah bahawa ia akan membawa syurga dan neraka. Apa yang pertama
kali harus diingat sehubungan dengan ini ialah, apabila dalam suatu Hadits,
kata-kata jannah dan nar dipakai untuk menunjukkan syurga dan neraka Dajjal,
maka di lain Hadits, syurga dan neraka Dajjal itu dinyatakan dengan kata-kata
lain. Misalnya, sebagai pengganti kata-kata syurga dan neraka Dajjal,
digunakanlah kata-kata ma' (air) dan nar (api); dan di lain Hadits digunakan
kata-kata nahar (sungai) dan nar (api). Lalu di lain Hadits digunakan kata-kata
dua sungai, sungai air dan sungai api.
Kemudian ada Hadits lagi yang
menerangkan, bahawa Dajjal akan membawa "Gunung roti dan sungai air".
Bahkan ada Hadits lagi yang sebagai pengganti kata-kata syurga dan neraka
Dajjal, digunakan kata-kata "dua gunung; yang satu penuh dengan
tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan dan air, sedang yang lain, penuh dengan api dan
asap.
Dari uraian tersebut, terang
sekali bahawa kata jannah dan nar tidaklah bererti Syurga dan Neraka yang
sesungguhnya; demikian pula kata-kata sungai, api , asap, gunung roti, dll,
janganlah diertikan secara harfiyah. Semuanya itu adalah kata ibarat; misalnya
kata jannah, ini mengibaratkan melimpahnya persediaan bahan-makanan, kesenangan
dan kemewahan, sedang kata nar mengibaratkan kurangnya bahan -makanan dan
kesenangan hidup. Adapun maksud sebenarnya ialah, barangsiapa mengikuti Dajjal,
ia akan hidup mewah, dan barang siapa menentangnya, ia tak akan mempunyai
persediaan bahan-makanan.
Bandingkanlah keadaan kehidupan
dua bangsa, iaitu bangsa-bangsa Islam yang hidup serba kekurangan, dan
bangsa-bangsa Nasrani yang hidup serba mewah; dan inilah yang dimaksud dengan
syurga dan neraka Dajjal. Kata-kata syurga dan neraka tidaklah bererti bahawa
Dajjal benar-benar membawa syurga dan neraka seperti pedagang membawa barang
dagangannya. Namun yang sebenarnya
dimaksud ialah bahwa Dajjal akan menguasai syurga dan neraka sebagaimana
diterangkan dalam Hadits berikut ini:
"Sungai dan buah-buahan
dunia akan tunduk kepadanya".
Inilah erti yang sebenarnya dari
kata-kata itu, yakni bahawa segala macam persediaan yang mendatangkan
kesenangan, kemewahan dan kenikmatan hidup di dunia, semuanya dikuasai oleh
Dajjal. Dan inilah yang disebut syurga Dajjal bagi orang yang picik
pandangannya; akan tetapi sebenarnya, ini semua disebut neraka, kerana siapa
saja yang tenggelam dalam kesenangan hidup seperti berdansa, bersenang--senang,
bersukaria, melihat theater, bioskop, pergaulan bebas antara lelaki dan wanita,
minum, berjudi, melacur, pasti tidak ingat kepada Allah.
Akibatnya jiwanya menjadi rosak;
dan inilah neraka yang sebenarnya; dan sekalipun tidak terlihat oleh mata
jasmani, tetapi di Akhirat akan nampak dengan terang. Sebaliknya apa yang
disebut neraka Dajjal yang berupa kehidupan yang tidak diliputi oleh kesenangan
duniawi, adalah Syurga yang sebenarnya, kerana semakin orang tidak tenggelam
dalam kesenangan duniawi, semakin besar pulalah keuntungan rohaninya, sehingga
ia dapat terus meningkat sampai mencapai hubungan dengan Allah. Jadi syurga
Dajjal itu terdiri dari kesenangan jasmani, yang diperolehi dengan mengorbankan
kehidupan rohani. Barang siapa tenggelam dalam hidup senang, ia akan kehilangan
kesenangan di zaman yang akan datang.
Bab 18. KECEPATAN DAJJAL,
KENDARAAN DAJJAL DI DARAT, DI LAUT DAN DI UDARA.
Tatkala Nabi SAW ditanya,
bagaimanakah kecepatan perjalanan Dajjal, Beliau menjawab sbb: "Kecepatan
Dajjal adalah seperti awan yang ditiup angin". Pada waktu Nabi SAW
mengucapkan kata-kata ini, nampaknya seperti dongeng saja, atau ucapan yang
berlebih-lebihan. Akan tetapi pada dewasa ini kapal-udara terbang melebihi
kecepatan angin.
Selanjutnya Nabi SAW bersabda
sbb: "Bumi akan digulung untuknya ". Ini bererti Dajjal akan bergerak
begitu cepat seolah-olah bumi yang luas ini kelihatan kecil. Gerakan Dajjal
melalui udara dikatakan sebagai berikut: "la akan menggenggam awan di
tangan kanannya". Ertinya ia akan terbang menembus dan di atas awan.
Selanjutnya Nabi Suci menerangkan bahawa "Dajjal akan meloncat-loncat di
antara bumi dan langit". Semua ini mengisyaratkan perjalanan Dajjal
melalui udara. Lebih lanjut diterangkan bahawa Dajjal akan bergerak begitu
cepat hingga ia:
"Mendahului matahari di
tempat terbenamnya"
Pada dewasa ini kapal-udara
terbang lebih cepat dari jalannya matahari; orang yang berangkat dari Timur
pada pagi hari, akan sampai di Barat sebelum matahari terbenam. Penerbangan
dari Calcuta ke Bombay atau dari Lahore ke Karachi ,
hanya memakan waktu beberapa jam saja. Siapa tahu orang akan terbang lebih
cepat lagi daripada keadaan sekarang. Selanjutnya diterangkan bahawa
"lautan hanya sedalam mata-kaki Dajjal" Hal ini terjadi
sungguh-sungguh dengan gerakan kapal selam di bawah permukaan laut.
Kenderaan Dajjal disebut keldai,
kerana keldai digunakan untuk mengangkut orang dari sini ke sana , dan pula digunakan untuk mengangkut
muatan bagi manusia. Akan tetapi keldai Dajjal bukanlah keldai sungguh-sungguh,
kerana keldai ini digambarkan mempunyai telinga yang jaraknya tujuh puluh yard
dan warnanya putih mengkilat. Gambaran ini sebenarnya untuk melukiskan
kereta-api.
Adapun Hadits yang menerangkan
satu langkah Dajjal akan mencapai jarak perjalanan sehari semalam, ini bererti
bahawa jarak yang diternpuh sehari semalam, itu hanyalah satu langkah saja bagi
Dajjal. Hendaklah diingat bahawa gambaran tentang kemampuan Dajjal menundukkan
alam tidaklah sekali-kali dimaksud untuk mengutuk perbuatan Dajjal, tetapi
untuk menunjukkan bahawa Dajjal mempunyai anggapan sebagai orang yang paling
kuasa, dan lupa akan kedudukannya sebagai hamba Allah yang hina. Jadi yang
dikutuk ialah pengakuan Dajjal bahawa ia mempunyai kekuasaan Ketuhanan
Bab 19. DAJJAL MENGELUARKAN
KEKAYAAN BUMI
Dalam Hadits diterangkan bahawa
kekayaan bumi akan mengikuti Dajjal. Ini mengisyaratkan penemuan orang-orang
Eropah akan kekayaan bumi yang terpendam. Di mana ada kekayaan bumi yang
terpendam, baik yang berupa emas, perak, besi, batubara, minyak dan bahan-bahan
mineral, pasti diketemukan oleh orang-orang Eropah.
Semua kekayaan itu, baik di Barat
mahupun di Timur, diusahakan oleh orang-orang Eropah. Setelah dikeluarkan dari
perut bumi, bahan-bahan itu dibuat barang--barang yang oleh bangsa Eropa
digunakan untuk menjajah bangsa lain di dunia. Selain itu mereka mengusahakan
daerah padang
pasir yang tandus dijadikan daerah yang subur dengan memberinya saluran air.
Singkatnya, semua kekayaan bumi
baik yang berupa mineral mahupun hasil tanaman, dikuasai oleh bangsa-bangsa
Eropa. Semua kekayaan mengikuti Dajjal, dan keuntungan bangsa-bangsa Eropah
semakin bertambah, sedangkan bangsa-bangsa lain di dunia hanya dijadikan buruh
mereka untuk menghasilkan bahan-bahan mentah guna kepentingan industri mereka.
Sejumlah besar emas dan kekayaan
dunia baik di India ,
di Afrika dan negara-negara Timur, semuanya dikuras habis untuk ditompok di
Eropah dan Amerika. Alangkah hebatnya ru'yah Nabi SAW tiga belas abad yang
lampau tentang keadaan yang kita alami sekarang ini. Alangkah baiknya jika
ru'yah itu diberitahukan kepada orang-orang yang disesatkan oleh kekayaan,
kemewahan dan kekuasaan bangsa--bangsa Eropah, hingga bertekuk lutut di hadapan mereka. Hendaklah
mereka suka merenungkan ketajaman penglihatan rohani Nabi SAW yang beberapa
ratus tahun sebelumnya, dapat melihat gambaran dunia sekarang ini dengan segala
perinciannya sehingga beliau mampu memberi gambaran yang jelas kepada bangsa
Arab ketika itu.
Bab 20. KAWAN-KAWAN DAJJAL HIDUP
SENANG, DAN MUSUH-MUSUH DAJJAL HIDUP SENGSARA.
Sudah terang bahawa memeluk agama
Dajjal adalah cara yang sebaik-baiknya untuk menghormati dan bersahabat dengan
Dajjal. Hadits yang menerangkan bahawa pengikut-pengikut Dajjal akan senang
hidupnya, ini berlaku pula bagi orang-orang yang bersumpah setia kepadanya.
Ambillah misalnya keadaan di lndia. Orang-orang yang sebelum masuk Kristian
termasuk golongan rakyat yang hidup sengsara, kini mereka menjadi orang-orang
kaya dan berkedudukan tinggi.
Kekayaan yang diambil dari segala
penjuru dunia dan ditumpuk di Eropah dan Amerika; jika ini akan diambil sedikit
untuk negara-negara lain di dunia; maka pertama-tama, bahagian itu dibahagikan
kepada negara-negara Timur yang menganut agama Dajjal dengan memberikari kepada
mereka gaji-gaji yang memuaskan. Alangkah benarnya gambaran Hadits tentang hal
ini:
"Ia (Dajjal) akan membawa
gunung-roti, semua orang menderita kesukaran, kecuali orang-orang yang
mengikutinya".
Sungguh benar bahawa jaminan yang
terbaik bagi keamanan ekonomi sekarang ini ialah memeluk agama Kristian.
Orang-orang yang tak mahu mengambil jalan ini dan tak mahu hidup rukun dengan
mereka, pasti akan mengalami kehidupan yang sukar dan sengsara. Alangkah
benarnya gambaran yang diberikan oleh Nabi SAW:
"Barang siapa mengikuti
Dajjal, ia akan diberi makan, akan tetapi ia dijadikan kafir"
(Kanzul-'Ummal, jilid VII, halaman 2104).
Lepas dari orang-orang yang
sepenuhnya menganut agama Dajjal, ada pula orang yang bermain-mata dan
mengambil muka dengan Dajjal, hanya kerana mengejar wang semata-mata. Inilah
golongan manusia yang dituju oleh Hadits berikut ini :
"Kami bersahabat dengan
Dajjal, sekalipun kami tahu bahawa ia kafir. Kami bersahabat dengan Dajjal agar
kami dapat makan dari Persediaannya."
Inilah hamba-hamba perut yang
menari-nari menurut irama Dajjal. mereka mengerjakan hal-hal yang bertentangan
dengan agama, bangsa dan negara, hanya kerana sesuap nasi. Tujuan Dajjal
memberi makan orang-orang ini ialah agar mereka menjadi orang yang tak beragama,
sekalipun Dajjal tak berhasil memasukkan mereka dalam agamanya;
setidak-tidaknya Dajjal berhasil menjadikan mereka acuh-tak acuh terhadap agama
mereka sendiri. Jika tidak demikian, apakah tujuan missi Kristian dan
sekolah-sekolah dan perguruan tinggi? Sebenarnya sistem pendidikan yang
diberikan kepada anak-anak kita, itu hanya bertujuan untuk memisahkan mereka
dari agama dan Allah. Dan apakah yang dijadikan daya-penarik pendidikan ini?
Tiada lain hanyalah diberinya mereka hak untuk mendapatkan pekerjaan, jadi
kembali lagi kepada persoalan perut dan roti.
Bab 21. PERTEMUAN DAJJAL DENGAN
ARWAH ORANG-ORANG YANG SUDAH MENINGGAL DAN PERCAKAPAN DAJJAL DENGAN MEREKA.
Walaupun Dajjal amat sibuk dalam
urusan duniawi, namun Dajjal tak mengabaikan bisikan kudrat yang membisikkan
kehidupan di luar dunia. Maka dari itu Dajjal memperlihatkan perhatiannya di
lapangan ini, yang lazim disebut "Spiritisme". Di lapangan ini Dajjal
mengaku mempunyai ilmu bagaimana caranya agar orang dapat berhubungan dengan
arwah orang-orang yang sudah mati, dan bagaimana bercakap-cakap dengan mereka.
Hadits berikut ini menerangkan tentang perbuatan yang luar biasa ini:
"Bersama-sama Dajjal akan
dibangkitkan setan-setan yang rupanya mirip dengan orang-orang yang telah
meninggal, apakah itu ayah ataukah saudara mereka".
Hadits lain lagi:
"Setan-setan akan
bercakap-cakap dengan manusia".
Selain setan-setan itu mirip
rupanya dengan orang-orang yang sudah meninggal, mereka dapat pula
bercakap-cakap dengan manusia. Apa yang dilukiskan oleh Nabi SAW ini yang dapat
disebut gerakan "spiritisme" sungguh-sungguh membuktikan hebatnya
ramalan beliau.
Orang yang berkecimpung dalam
gerakan ini tahu benar bagaimana mengatur ruangan yang khusus dipersiapkan
untuk ini, dan bagaimana mengatur penerangan lampu yang digunakan khusus untuk
ini. Kemudian bagaimana caranya melaksanakan apa yang disebut medium yang dapat
mewujudkan bayangan arwah orang-orang yang sudah meninggal, yang bercakap-cakap
dengan manusia; mereka kelihatan sebentar, lalu menghilang lagi.
Dan orang-orang yang menghadiri
pertemuan ini kadang-kadang mengalami perubahan fikiran, seperti halnya
orang--orang India
yang diubah fikirannya sehingga mereka melihat perwujudan arwah, yang asalnya
hanya dari angan-angan mereka sendiri. Apakah "Spiritisme" itu
mengandung kebenaran atau tidak adalah soal lain. Adapun yang kami persoalkan
ialah bahawa Nabi SAW telah memberi gambaran yang benar tentang ilmu sihir
(magic) yang dilakukan oleh Dajjal, yang diramalkan oleh beliau dengan
kata-kata yang terang, lima
belas abad yang lampau.
Bab 22. KEKUATAN YAHUDI DI BELAKANG DAJJAL.
Ramalan Nabi SAW tentang Dajjal
adalah bukti yang mengagumkan tentang hebatnya ru'yah beliau mengenai peristiwa
yang akan terjadi di kemudian hari. Dalam Hadits diterangkan bahawa beliau
menunjuk Gereja sebagai tempat Dajjal, dan Al-Qur'an juga memberi petunjuk
tentang identiti Dajjal dengan kata-kata sbb. "Dan agar ia memberi
peringatan kepada orang-orang yang berkata bahawa Allah mempunyai Putera."
(18:4).
Adapun kebencian orang-orang
Yahudi terhadap Nabi Isa, Al-Qur'an menghuraikan begitu jelas, hingga Al-Qur'an
menyebut-nyebut surah tulisan kaum Yahudi yang menodai kesucian Siti Maryam,
Ibu Nabi Isa. Qur'an berfirman sbb:
"Dan ucapan mereka terhadap
Maryam adalah fitnah yang besar" (4: 156).
Sikap permusuhan kaum Yahudi
terhadap Nabi Isa adalah yang paling besar yang pernah dilancarkan oleh suatu
bangsa terhadap seseorang. Sifat permusuhan yang abadi ini diuraikan dalam
Al-Qur'an sbb:
"Kami bangkitkan sikap
permusuhan di antara mereka sampai Hari Kiamat" (5:14).
Kaum Yahudi mengalami
bermacam-macam penindasan, baik di zaman Nabi Suci mahupun sebelum beliau, dan
penindasan ini berlangsung terus sampai lama sesudah beliau. Bahkan dapat
dikata sampai muncul Dajjal, kaum Yahudi tetap mengalami penindasan oleh kaum
Nasrani. Namun demikian Nabi Suci meramalkan sbb:
"Dajjal akan disertai oleh
tujuh puluh ribu orang Yahudi."
"Kebanyakan orang yang
mengikuti Dajjal ialah kaum Yahudi."
"Dajjal musuh Allah, akan
muncul dan akan disertai oleh bala tentera yang terdiri dari kaum Yahudi."
Hendaklah diingat bahawa tak ada
Hadits satupun yang menerangkan bahawa Dajjal adalah orang Yahudi. Sebaliknya
Hadits menerangkan bahawa Dajjal adalah identik dengan kaum Nasrani. Selain itu
Al-Qur'an menerangkan bahawa kaum Nasrani selalu lebih unggul daripada kaum
Yahudi:
"Dan aku akan membuat
orang-orang yang mengikuti engkau (Nabi Isa) melebihi orang-orang kafir, sampai
Hari Kiamat" (3:54).
Namun kita dihadapkan dengan kenyataan
yang paling aneh, yakni bahawa Pemerintahan Kristian sangat bergantung kepada
bantuan kaum Yahudi. Para Menteri dari pemerintahan Negara Kristian yang
besar-besar, mengerjakan begitu saja apa yang diminta oleh orang-orang Yahudi.
Adapun sebabnya tidak sukar dicari. Kaum Yahudi mempunyai banyak wang untuk
membantu Pemerintahan Kristian. Bahkan Pemerintah Inggeris yang begitu jayapun
membantu kepentingan Yahudi untuk menghancurkan kaum Muslimin di Palestine.
Kaum Muslimin di Palestine
dibikin melarat, hingga ladang-ladangnya terpaksa dijual kepada orang-orang
Yahudi yang berdiam di sana
dalam jumlah besar. Perkataan "tujuh puluh ribu orang Yahudi" dalam
hadits ini mengandung erti jumlah yang besar. Sebagaimana kita maklum, bahasa
Arab "tujuh" atau "tujuh puluh" itu digunakan untuk
menunjukkan jumlah yang besar. Jadi, tujuh puluh ribu orang Yahudi ini ertinya
banyak sekali kaum Yahudi yang mahu bekerja-sama dengan Dajjal. Jika penduduk
dunia tak tahu bagaimana kaum Yahudi secara diam-diam membantu Pemerintah
Inggeris dan Pemerintah Barat lainnya, atau bagaimana Pemerintah Inggeris
membantu kaum Yahudi, maka tindakan Pemerintah Inggeris memindahkan bangsa
Yahudi ke Palestine sudah cukup sebagai bukti benarnya ramalan Nabi SAW tentang
adanya persekutuan rahsia ini.
Namun demikian, gabungan kekuatan
antara kaum Yahudi dan kaum Kristian Eropah tak sekali-kali menggentarkan kaum
Muslimin, asalkan kaum Muslimin menyedari sepenuhnya bahawa Nabi SAW disamping
meramalkan adanya kekuatan gabungan yang menakutkan ini, beliau tiga belas abad
yang lampau juga meramalkan bahawa pada akhir zaman, Islam akan memperolehi
kemenangan di atas sekalian agama di dunia
Bab 23. PENGARUH DAJJAL TERHADAP
WANITA.
Dalam Hadits diterangkan bahawa
Dajjal tidaklah kecil pengaruhnya terhadap kaum wanita. Kenyataan menunjukkan
bahawa walaupun manusia mempunyai kesanggupan untuk berbuat baik, namun
pelaksanaannya harus disertai dengan usaha keras seakan-akan harus mendaki
puncak gunung. Tetapi tidak demikianlah halnya perbuatan buruk. Tanpa susah
payah sedikitpun, manusia selalu siap dan tak segan-segan melakukan perbuatan
yang merosak moral dan perbuatan biadab.
Celakanya pada dewasa ini
Eropahlah yang membuka pintu segala macam godaan berupa pergaulan bebas yang
melebihi batas antara lelaki dan wanita. Adegan--adegan yang membangkitkan
nafsu berahi, baik yang dipentaskan dalam panggung mahupun di layar putih,
menyebabkan tempat-tempat yang menggiurkan itu banyak dikunjungi orang,
terutama para pemuda. Gambar-gambar cabul, tarian telanjang, pakaian wanita
setengah telanjang, semua kejahatan yang ditimbulkan oleh hidup berfoya-foya
ini menyebabkan jiwa manusia cepat menjadi rosak. Rosak badannya, demikian pula
rosak moralnya.
Meluncur ke bawah adalah lebih
mudah daripada naik ke atas. Kejadian-kejadian tersebut buruk sekali
pengaruhnya terhadap karakter bangsa kita sendiri. Perbuatan orang-orang Eropah
yang tak pantas itu, makin lama makin dianggap tak menjijikkan lagi oleh bangsa
kita. Pelacuran dan segala pendahuluannya tak memuakkan perasaan kita lagi.
Perbuatan ini, yang cepat sekali menjalarnya di kalangan kaum lelaki, kini
mulai menjalar di kalangan kaum wanita.
Tepat sekali sabda Nabi SAW sbb:
"Orang terakhir yang akan
datang kepada Dajjal adalah kaum wanita."
Memang sifat pemalu kaum wanita
dapat lama bertahan menghadapi godaan Dajjal. Akan tetapi sekarang mereka sudah
jatuh menjadi korban godaan Dajjal, dan sekalipun di negeri kita belum begitu
memuncak seperti di Eropah, namun sekarang banyak wanita Timur yang mengucapkan
selamat tinggal kepada kesopanan Islam dan berganti menggunakan kesopanan
setengah-telanjang ala barat. Mereka bukan saja mengunjungi tempat-tempat
hiburan, melainkan mereka sudah mulai ikut-ikutan berdansa.
Apabila pengaruh Dajjal sudah tak
terkendalikan lagi dan kebudayaan Islam sudah diganti dengan kebudayaan Barat,
pasti akan tiba saatnya bahawa di negara kita seperti halnya di negara Eropah,
pelacuran dan segala pendahuluannya, bukan lagi hal yang memuakkan batin kita.
Memang benar bahawa agama Islam tak menyuruh kaum wanitanya supaya menyendiri
di kamar, dan memakai selubung seperti wanita di India atau di tanah Arab.
Sebaliknya Islam mengizinkan kaum
wanita keluar untuk bekerja, berdagang, mendatangi suatu keperluan, memenuhi
tugas sosial, ekonomi dan keperluan lainnya. Wanita dapat bekerja sebagai
buruh, sebagai pedagang, dan sebagai perajurit. Akan tetapi dengan segala
kebebasan bergerak, Islam tak mengizinkan pergaulan bebas antara lelaki dan
wanita, demikian pula tak mengizinkan memakai pakaian yang tak sopan jika
berkumpul bersama kaum lelaki dalam suatu keperluan. Kaum wanita dilarang
mempertontonkan kemolekan tubuhnya yang dapat menggiurkan kaum lelaki.
Cara-cara memperlihatkan kemolekan dan pergaulan-bebas inilah ciri-ciri khas
Dajjal dalam pergaulan, yang buruk sekali pengaruhnya terhadap wanita Islam
yang bermartabat tinggi.
Bab 24. DAJJAL DAN ANAK YANG
TIDAK SAH.
Hubungan bebas yang tidak sah dan
melebihi batas antara lelaki dan wanita, menyebabkan kejalangan, dan
menyebabkan bertambahnya anak-anak yang tidak sah (anak-anak zina), dan ini
adalah ciri khas kota-kota besar di Eropah dan Amerika. Dalam ru'yah Nabi Suci
melihat hubungan sex yang tidak sah yang membuntuti materialisme:
"Awas! Sebahagian besar
kawan dan pengikut Dajjal adalah kaum Yahudi dan anak-anak yang tidak
sah."
Sejumlah besar anak-anak zina ini
dilindungi oleh undang-undang yang mengesahkan anak-anak itu. Misalnya, seorang
wanita mengandung kerana hubungan yang tidak sah, akan tetapi sebelum bayi
lahir, mereka melangsungkan pemikahan, maka bayi itu dianggap sah.
Sampai-sampai undang-undang itu begitu remeh, hingga apabila lelaki dan wanita
yang berbuat maksiat melangsungkan perkahwinan di sembarang waktu, maka
anak-anak yang dilahirkan sebelum perkahwinan, semuanya dianggap sah.
Akan tetapi walaupun
undang-undang itu remeh sekali, namun di kota-kota Eropah (dan Amerika), masih
terdapat banyak anak-anak yang tidak sah, sekalipun ditinjau dari undang-undang
yang remeh ini. Bahkan anak-anak yang lahir dalam keadaan perang, diberi
julukan sebagai "anak pahlawan". Jika orang mahu meninjau betapa
merajalela pergaulan bebas antara lelaki dan wanita di Eropah dan Amerika,
orang dapat meramalkan bahawa tak lama lagi penduduk daerah ini akan berpaling
dari jalan benar dan kembali kepada kehidupan biadab bagaikan binatang,
sepanjang mengenai hubungan sex antara lelaki dan wanita.
Bab 25. LELAKI SEPERTI WANITA DAN
WANITA SEPERTI LELAKI.
Tanda-tanda Dajjal lain lagi yang
dihuraikan dalam Hadits ialah bahawa wanita akan seperti lelaki, dan lelaki
akan seperti wanita. Seperempat abad yang lalu, hal ini masih sukar dimengerti.
Akan tetapi sekarang ramalan ini terjadi sungguh-sungguh, yakni bahawa wanita
memakai cara-cara kaum lelaki, misalnya memotong rambut, memakai seluar dan
sebagainya, sedangkan kaum lelaki memakai cara-cara kaum wanita, misalnya
berambut panjang, memakai bedak, kalung, gelang dan sebagainya. Perubahan dalam
hal kelakuan dan kebiasaan ini begitu jauh, hingga kadang-kadang sukar
dibezakan antara wanita dan lelaki.
Sabda Nabi SAW: "Wanita akan nampak seperti lelaki dan
lelaki akan nampak seperti wanita, ini terjadi sungguh-sungguh
Bab 26. PENYEMBUHAN AJAIB
Akan tetapi disamping meramalkan
keburukan, Nabi SAW meramalkan pula kebaikan Dajjal. Di satu pihak, dalam
Al-Qur'an terdapat ayat yang menerangkan bahawa bangsa-bangsa Dajjal
memperolehi kemajuan besar di lapangan usaha dan lapangan industri (18:104),
dan membuat muka bumi nampak indah (18:7); dan di lain pihak, ada sebuah Hadits
yang menerangkan bahawa bangsa Dajjal akan menyembuhkan penyakit secara ajaib :
"Ia (Dajjal) akan
menyembuhkan orang buta, orang sakit lepra, dan menghidupkan orang mati."
(Kanzul-'Ummal, jilid VII Halaman. 2080)
Di sini yang dimaksud
"menghidupkan orang mati" ialah menyembuhkan penyakit yang tak dapat
disembuhkan, seakan-akan Dajjal dapat menghidupkan orang mati. Sungguh benar
bahawa dalam soal pengubatan, bangsa Dajjal memperlihatkan keluarbiasaannya,
dan ini adalah hasil yang patut dipuji. Akan tetapi menurut Hadits, hal ini
termasuk salah satu fitnah Dajjal, seperti halnya kecepatan dan kenderaan
Dajjal, di darat, di laut dan udara. Kerana dengan kemajuan yang luar biasa
ini, bangsa Dajjat berpikir bahawa mereka lebih unggul dari bangsa--bangsa lain
di dunia; pengakuan mereka memiliki kekuatan yang luar biasa ini, hampir tak
ada bezanya dengan pengakuan sebagai Tuhan. Selain itu, kemajuan-kemajuan
mereka di lapangan kebendaan, menyesatkan manusia dari segi kehidupan.
Bab 27. BISIKAN JAHAT DAJJAL
Dari huraian tersebut, terang
sekali bahawa Dajjal tak akan menyesatkan orang dengan paksa, melainkan dengan
memujuk mereka agar mereka terpikat oleh gemerlapnya barang-barang duniawi dan
kesenangan yang melimpah-limpah, demikian pula dengan mempengaruhi orang
melalui hasil pengolahan kekayaan alam dan ilmu pengetahuan yang luar biasa.
Akan tetapi dalam Hadits, Nabi SAW menjelaskan hal ini sbb:
"Barang siapa mendengar
perihal Dajjal, hendaklah menyingkir dari padanya. Demi Allah, orang akan
datang kepadanya, dan mengira bahawa ia adalah mukmin, namun ia mengikuti dia
(Dajjal) kerana keragu-raguan yang ditimbulkan oleh dia (Dajjal) dalam
batinnya." (Kanzul-'Ummal, jilid VII, halaman 2057).
Jika orang suka menyelidiki
persoalan ini, maka terang sekali bahawa tipu muslihat yang digunakan oleh
bangsa-bangsa Barat tak ada taranya dalam sejarah dunia. Dengan cara-cara yang
halus, mereka meniupkan bisikan jahat ke dalam batin manusia, sehingga fikiran
menjadi goncang kerananya.
Ambillah misalnya masalah
pendidikan. Pendidikan adalah suatu proses yang dapat membikin jiwa manusia
lurus atau tak lurus. Akan tetapi bangsa-bangsa Barat mengarahkan jalannya
pendidikan begitu halus, hingga mereka dapat membuat jiwa para pelajar tak
menta'ati agama dan kebudayaan mereka sendiri, sekalipun alasan yang digunakan
untuk tujuan itu bertentangan dengan agama Nasrani.
Mereka (bangsa Barat), dapat
membawa proses ini begitu rupa, hingga kepercayaan akan adanya Allah, mereka
usahakan sekuat-kuatnya sampai timbul keragu-raguan dalam batin para pelajar
tentang adanya Allah. Mereka sendiri percaya akan adanya wahyu, Nabi, Hari
Kiamat, namun mereka berusaha sekeras-kerasnya agar jiwa para pelajar tidak
percaya kepada itu semua.
Kadang-kadang mereka memberi
pujian kepada seseorang atau suatu faham, sekadar untuk memberi kesan
seakan-akan orang atau penulis faham itu orang yang jujur; akan tetapi
disamping itu, mereka secara halus membuat sindiran dengan maksud agar para
pelajar tak menghargai faham atau orang itu. Singkatnya, apa yang kami uraikan
di atas mengenai tabiat mereka, kami dapat menarik kesimpulan bahawa Dajjal
menyesatkan orang dari jalan benar dengan bisikan jahat, dan inilah ciri khas
bangsa-bangsa Eropa sekarang ini.
Bab 28. MUNCULNYA DAJJAL DAN
MERAJALELANYA DI DUNIA.
Sebagaimana diterangkan dalam
Hadits, Dajjal akan menjelajahi seluruh dunia:
"Tak ada satu tempat pun di
dunia yang tidak diinjak dan dilalui oleh Dajjal".
Hadits lain menerangkan bahawa
Dajjal mengucapkan kata-kata sbb:
"Tak ada satu tempat
tinggalpun yang tak aku masuki."
Ini bukan saja menunjukkan
penglihatan Nabi SAW yang luar biasa, melainkan pula menunjukkan bahawa Dajjal
bukanlah nama orang, melainkan suatu bangsa atau segolongan bangsa, yang
anggotanya tersebar di tiap-tiap tempat di dunia. Kerana jika Dajjal itu orang
satu, nescaya ia tidak dapat melaksanakan segala sesuatu yang diramalkan oleh
Nabi SAW, sekalipun ia dapat bergerak secepat kilat. Tidak mungkin orang satu
dapat membawa syurga dan neraka ke seluruh dunia, lalu membuat pengumuman di mana-mana
dan memberi ganjaran kepada orang yang menerimanya, dan memberi siksaan kepada
orang yang menolaknya, dan tak satu tempat tinggal pun yang tak dikunjunginya.
Semua pekerjaan ini tak mungkin
dilakukan oleh satu orang. Bukan mengenai masalah kecepatan saja, melainkan
menyangkut pula beberapa masalah, misalnya dengan cara bagaimana supaya
orang-orang mahu mengikuti dia dan bagaimana cara memberikan ganjaran dan
siksaan. Padahal semua ini harus ia lakukan di tiap-tiap kota dan desa; dan betapapun singkatnya waktu
yang ia perlukan untuk menjalankan penyiaran dan segala titik-bengit, namun
pekerjaan dan perjalanan dari tempat satu ke tempat lain pasti memakan waktu.
Seandainya di tiap-tiap tempat
hanya diperlukan satu jam saja, maka untuk mengelilingi 700.000 desa di India saja, ia
memerlukan waktu seratus tahun. Dengan demikian ia memerlukan waktu beribu-ribu
tahun untuk dapat mengelilingi segala tempat di dunia. Akan tetapi jika semua
pekerjaan itu dilakukan oleh suatu bangsa, maka pelaksanaan itu semua bukan
saja masuk akal dan dapat dipikul oleh tenaga manusia, melainkan pula
fakta--faktanya sudah kami saksikan dengan mata kepala sendiri; dan ini
sekaligus menunjukkan tajamnya penglihatan rohani Nabi Muhammad SAW.
Di satu pihak, kami melihat
cepatnya gerakan bangsa-bangsa Eropah; jangankan empat puluh hari, beberapa
hari saja sudah cukup bagi mereka untuk mengelilingi dunia. Di lain pihak kami
menyaksikan mereka mendatangi dan menguasai tiap-tiap tempat di dunia. Jika
pada suatu saat, orang amat terkesan oleh gunung-gunung roti yang dibawa oleh
mereka, pada saat yang lain, orang amat tercengang menyaksikan kehidupan yang
serba mewah.
Jika pada suatu saat orang
melihat bagaimana mereka mengolah kekayaan alam, pada saat yang lain, orang
melihat kejanggalan sistem pendidikan mereka yang menyebabkan bejatnya moral
dan sikap acuh-tak-acuh terhadap agama sendiri. Jika di satu tempat mereka
mendapat simpati kerana baiknya pelayanan rumah sakit mereka, di lain tempat
mereka menjalankan ilmu kebatinan.
Singkatnya, jika semua pekerjaan
itu dilakukan oleh suatu bangsa atau segolongan bangsa, segala sesuatunya
menjadi terang dan masuk akal. Akan tetapi jika semua pekerjaan itu dilakukan
oleh satu orang, segala sesuatunya akan membingungkan. Misalnya, ramalan bahawa
Dajjal akan mengelilingi dan menguasai seluruh dunia. Jika ramalan ini
diterapkan kepada satu orang, nescaya orang ini memerlukan bantuan berjuta-juta
orang, untuk dapat menguasai sekalian bangsa di dunia. Akhirnya, yang memegang
kekuasaan bukanlah satu orang, melainkan sejumlah besar manusia.
Bagaimanapun juga, ramalan bahawa
Dajjal akan mendatangi tiap-tiap tempat dan menguasai seluruh dunia, sekarang
sudah terpenuhi, dan kita menyaksikan itu dengan mata kepala sendiri, berupa
penjajahan bangsa-bangsa Eropa dan merajalelanya di seluruh dunia. Sampai
bilakah kita dapat menutup mata dan menunggu-nunggu datangnya Dajjal yang tidak
akan timbul kecuali dalam khayalan saja, jika kita tidak mahu mengakui
kenyataan pahit yang kita hadapi sekarang ini?
Pengertian bahawa seorang Dajjal
akan berada di tiap-tiap tempat di dunia dan menaklukkan dunia seorang diri,
tak mungkin dapat dibayangkan oleh fikiran manusia, lebih-lebih oleh manusia
zaman dahulu iaitu pada zaman Nabi SAW. Akan tetapi jika orang mahu menggunakan
fikiran yang sihat, orang pasti akan tahu bahawa pada dewasa ini tak ada satu
tempat pun di dunia yang Dajjal tak menempati tempat itu.
Tak ada satu tempat pun, baik di
hutan mahupun di padang
pasir, di kepulauan besar mahupun di kepulauan kecil, di lembah mahupun di
gunung yang tak dimasuki oleh Dajjal. Orang yang amat bodoh tak dapat
membayangkan bagaimana keadaan yang sebenarnya, tetapi kita melihat hal itu
benar-benar terjadi di hadapan mata kita sendiri. Barang siapa mahu melihat
kejadian ini secara serius, orang pasti akan menundukkan kepala dengan penuh
hormat dan kagum kepada Nabi SAW atas tajamnya penglihatan rohani beliau.
Bab 29. YA'JUJ WA MA'JUJ DALAM
HADITS DAN PERSAMAANNYA DENGAN DAJJAL
Sebagaimana telah kami terangkan,
pada bahagian terakhir Surat Al-Kahfi, sesudah menerangkan Ya'juj wa Ma'juj,
kemudian Al-Qur'an menerangkan tentang bangsa-bangsa Kristian. Ini menunjukkan
bahawa Al-Qur'an tak menaruh perbezaan antara dua bangsa tersebut. Demikian
pula diterangkan dengan jelas dalam Bible, bahawa Ya'juj wa Ma'juj itu tiada
lain hanyalah bangsa Russia
dan bangsa-bangsa Eropah lainnya. Kesalah-fahaman umum tentang Ya'juj wa Ma'juj
itu disebabkan kerana ada Hadits yang menggambarkan seakan-akan Ya'juj wa
Ma'juj itu suatu makhluk yang aneh; akan tetapi banyak pula Hadits yang
menerangkan bahawa Ya'juj wa Ma'juj itu manusia biasa.
Nabi SAW bersabda sbb
"Sesungguhnya Ya'juj wa
Ma'uj adalah dari keturunan Adam (Kanzul 'Ummal, jilid VII halaman. 2158.)
Hadits lain menerangkan bahawa Allah
memberitahukan kepada al-Masih sbb:
"Sesungguhnya Aku telah
menciptakan segolongan manusia, yang tak seorangpun dapat membinasakan, kecuali
Aku sendiri" (Kanzul 'Ummal, jilid VII, halaman 3021).
Dalam kitab Kanzul 'Ummal jilid
VII, halaman 3032, ada sebuah Hadits yang menerangkan seterang-terangnya bahawa
Ya'juj wa Ma'juj adalah keturunan Adam. Kesalah-fahaman tentang hal Ya'juj wa
Ma'juj itu barangkali berasal dari suatu Hadits yang menerangkan bahawa Ya'juj
wa Ma'juj akan minum semua air di dunia.
Hadits itu berbunyi sbb :
Mereka akan minum semua air di
dunia, sampai-sampai apabila mereka melalui sebuah sungai, mereka minum semua
airnya dan meninggalkan sungai itu dalam keadaan kering." ( Kanzul 'Ummal
jilid VII, halaman 2157).
"Ceriterakanlah kepadaku
perihal Teluk Tiberius. Adakah air di sana ?"
(Kanzul 'Ummal jilid VII, halaman 2027).
Sepintas lalu ini menunjukkan
bahawa Dajjal dan Ya'juj wa Ma'juj adalah sama. Adapun yang dimaksud minum air,
ialah bahawa mereka akan menguasai semua sumber kehidupan, kerana air adalah
sumber segala kehidupan. Selanjutnya, adanya kenyataan bahawa ramalan tentang
Dajjal dan Ya'juj wa Ma'juj itu dihubungkan dengan datangnya Masih Mau'ud
(Masih yang dijanjikan), ini membuktikan bahawa Dajjal dan Ya'juj wa Ma'juj
adalah sama. Apalagi jika kita mahu berfikir sejenak, maka terang sekali bahawa
secara praktis apa yang dilukiskan dalam Hadits tentang mereka adalah sama,
hanya kata-katanya saja yang berbeza. Dua-duanya digambarkan akan menjadi
penguasa yang paling besar di dunia. Dua-duanya menguasai segala macam.
keperluan hidup "dan tak seorangpun dapat mengalahkan mereka."
Mereka akan membanjiri seluruh
muka bumi, dan akan merupakan fitnah yang paling besar bagi kaum Muslimin.
Semua ciri-ciri umum ini menunjukkan bahawa mereka adalah sama dan bangsa yang
sama, yang ini adalah sesuai benar dengan gambaran sifat-sifat bangsa Eropah.
Sebenarnya, diambilnya dua nama itu sekadar untuk menyatakan dua macam aspek
tentang keadaan mereka. Mereka diberi nama Dajjal, kerana perbuatan mereka
ialah menipu orang dengan bahan keperluan hidup, sedangkan nama Ya'juj wa
Ma'juj adalah untuk menyatakan kekuatan politik dan militer mereka. Hendaklah
diingat bahawa ramalan tentang merajalelanya bangsa-bangsa Nasrani ini
diucapkan pada waktu kekuasaan kaum Muslimin menyilaukan kekuasaan lain di
dunia.
Bab 30. DAJJAL AKAN DIKENAL OLEH
SESEORANG DI ANTARA KAUM MUSLIMIN
Sungguh aneh sekali bahawa di
satu pihak, tanda-tanda Dajjal dapat difahami oleh orang-orang biasa, akan
tetapi di lain pihak, Hadits menerangkan bahawa banyak sekali orang yang akan
jatuh sebagai korban penipuan Dajjal. Jika semua tanda bahawa Dajjal buta mata
kanannya, dan mata kirinya gemerlapan bagaikan bintang, dan bahawa kata-kata
kafir akan tertulis di atas dahinya yang dapat dibaca oleh setiap orang mukmin,
baik ia buta-huruf atau tidak, dan bahawa ia mempunyai keldai aneh yang jarak
antara dua telinganya adalah tujuh puluh yard, bahawa ia membawa syurga dan
neraka, bahawa ia membawa gunung-roti dan sungai, bahawa ia menyuruh awan
supaya menurunkan hujan, dan sebagainya; jika semua tanda itu telah terpenuhi,
maka tak diperlukan lagi adanya orang di antara kaum Muslimin yang harus
memperkenalkan Dajjal dan menyatakan kepada mereka bahawa inilah Dajjal yang
Nabi SAW memperingatkannya kepada kita.
"Seseorang di antara kaum
mukmin akan berkata: 'Aku akan pergi kepada orang itu untuk melihat apakah dia
itu orang yang Nabi SAW memperingatkannya kepada kita ataukah bukan'..."
Jika tanda-tanda Dajjal sudah
terlihat seperti yang diramalkan oleh Nabi SAW, mengapa masih diperlukan adanya
orang yang harus mengenalnya dan mengumumkan bahawa Dajjal benar-benar sudah
datang. Dengan tanda-tanda yang terang itu sudah cukup sebagai bukti bahawa
Dajjal sudah datang, dengan demikian tak perlu diterangkan lagi. Jadi dengan
adanya Hadits tersebut, kita dapat menarik kesimpulan bahawa tanda-tanda Dajjal
tak dapat diertikan secara wajar, melainkan harus diertikan sebagai kalam
ibarat. Untuk ini sangat diperlukan adanya orang yang mempunyai penglihatan
tajam yang dapat memahami tanda-tanda itu, dan menerangkan bila munculnya
Dajjal.
. SIAPAKAH YANG BERKATA:
"INILAH DAJJAL YANG DITERANGKAN OLEH NABI SAW"
Sungguh aneh sekali bahawa orang
yang dapat menerangkan bahawa Dajjal dan Ya'juj wa Ma'juj itu sebenarnya bangsa
Eropah, adalah orang desa biasa, orang pertapa yang sedikit sekali
pengetahuannya tentang masalah dunia. Setengah abad yang lalu tatkala penduduk
dunia tak tahu sama sekali akan identiti Dajjal dan Ya'juj wa Ma'juj, bahkan
orang tak menduga sama sekali bahawa bangsa-bangsa Eropah yang menguasai
seluruh dunia dan yang menjajah negara kita adalah Dajjal dan Ya'juj wa Ma'juj
yang diramalkan oleh Nabi SAW. Sebaliknya, orang berfikir bahawa Dajjal adalah
makhluk aneh yang bermata satu, yang berkenderaan keldai yang aneh, yang
membawa syurga dan neraka dan barang aneh lainnya.
Pada saat orang-orang mempunyai
fikiran semacam itu, Allah memberi tahu bahawa Dajjal dan Yajuj wa Ma'juj
adalah bangsa-bangsa Eropah yang menguasai seluruh dunia, yang mata duniawinya
gemerlapan bagaikan bintang dan yang mata rohaninya buta sama sekali. Selain
itu, walaupun seandainya ada yang tahu akan rahsia ini, iapun tak mempunyai keberanian
untuk mengatakan itu.
Orang-orang tak tahu bahawa
mereka sedang berhadap-hadapan dengan Dajjal, bahkan mereka secara tak sedar
menjadi korban tipu muslihat Dajjal, sebagaimana digambarkan dalam Hadits.
Bab 32. NABI SAW BERSABDA: IA
ADALAH PENGIKUTKU YANG TERDEKAT
Dewasa ini banyak kaum Muslimin, baik
golongan terpelajar mahupun bukan, terang-terangan menyatakan bahawa Dajjal dan
Ya'juj wa Ma'juj yang diriwayatkan dalam hadits itu tiada lain hanyalah bangsa-bangsa
Eropah dan Amerika, yang terang-terangan mengaku mempunyai kekuasaan Ketuhanan,
dan bahawa kenderaan mereka yang berupa kereta-api, adalah keldai Dajjal. Pada
dewasa ini, banyak kaum Muslimin yang tak ragu-ragu lagi melukiskan bangsa-bangsa
Eropa sebagai Dajjal dan Ya'juj wa Ma'juj. Sebagai puncaknya, almarhum Sir
Muhammad Iqbal, seorang pujangga Islam yang besar, mengabadikan pengertian ini
dalam syairnya yang termasyhur sbb : "Bala tentara Ya'juj wa Ma'juj
semuanya telah terlepas. Hendaklah mata kaum Muslimin melihat tafsirnya kata
yansilun".*
"[Kata yansilun ertinya
mereka mengalir, adalah kata-kata terakhir ayat Al-Qur'an yang menerangkan
merajalelanya Ya'juj wa Ma'juj di dunia yang berbunyi sbb: "Sampai tatkala
Ya'juj wa Ma'juj dilepas, mereka mengalir dari tiap-tiap tempat yang tinggi (21:96).
Mengenai hal ini, kami teringat akan pidato Sir Winston Churchill dalam suatu
jamuan yang diadakan o1eh Wali Kota London di Guildhall (Gedung DPR), pada hari
Jum'at tanggal 9 November 1951, dalam rangka memasang kembali patung Gog and
Magog (Ya'juj wa Ma'juj), yang antara lain berbunyi sbb :
Agaknya mereka (Ya'juj wa Ma'juj)
tidaklah menggambarkan keadaan politik dunia sekarang ini yang begitu buruk. Politik
dunia, seperti halnya sejarah Ya'juj wa Ma'juj, amatlah kacau dan banyak
pertentangan. Namun menurut fikiran saya, masih saja memberi tempat kepada
mereka.
Di sebelah sini Ya'juj, dan di
sebelah sana Ma'juj.
Tetapi awas Wali Kota! Jika anda memasang patung itu kembali, jagalah jangan
sampai mereka saling beradu; kerana jika terjadi demikian, Ya'juj wa Ma'juj
akan hancur berkeping-keping, dan kita akan mulai dari permulaan lagi, dan
dimulai dari lubang yang paling bawah." (Majalah Times London, 10 Nop. 1931)…]
Bab 33. DAJJAL DIBUNUH, TETAPI YA'JUJ
WA MA'JUJ T'IDAK
Sebagaimana kami terangkan di
atas, Dajjal dan Ya'juj wa Ma'juj adalah dua macam sebutan untuk menamakan suatu
bangsa. Mereka disebut Dajjal kerana kebohongan dan penipuan mereka tentang hal
agama, sedangkan sebutan Ya'juj wa Ma'juj kerana mereka mempunyai kekuasaan
politik. Akan tetapi orang akan menjadi bingung mengenai Hadits yang
menerangkan Masih Mau'ud akan membunuh Dajjal, menerangkan pula bahawa beliau
tak dapat membunuh Ya'juj wa Ma'juj, padahal sebenarnya, jika Dajjal sudah
dibunuh, dengan sendiri nya Ya'juj wa Ma'juj akan terbunuh. Namun Hadits itu
berbunyi sbb:
"Maka akan diwahyukan kepada
al-Masih, bahawa aku telah menciptakan sebahagian Hamba-Ku, yang tak seorangpun
dapat membunuh mereka kecuali Aku sendiri" (Kanzul-' Ummal, jilid VII
halaman. 3021 ).
Hadits lain lagi yang
diriwayatkan oleh Imam Muslim, berbunyi sbb :
"Lalu orang akan datang kepada
nabi lsa… Tatkala beliau dalam keadaan demikian, Allah bersabda kepada Nabi lsa:
Aku telah menciptakan sebahagian hamba-Ku yang tak seorangpun mempunyai
kekuatan untuk mengalahkan mereka, maka dari itu bawalah hamba-hamba-Ku ke
bukit. Dan Allah akan membangkitkan Ya'juj wa Ma'juj, dan mereka akan mengalir
dari tiap-tiap tempat tinggi". (Misykat, halaman 473).
Sungguh aneh sekali, bahawa
sekalipun Dajjal mati terbunuh, dan nafasnya Masih Mau'ud begitu ampuh hingga
barang-siapa terkena nafas beliau, ia akan mati seketika itu juga, dan nafas
beliau akan mencapai jarak sejauh penglihatan beliau, namun demikian, Ya'juj wa
Ma'juj adalah begitu kuat hingga orang yang menyertai Al-Masih diperintahkan
supaya mengungsi ke bukit. Bukan Ya'juj wa Ma'juj yang mati terbunuh oleh nafas
Al-Masih, melainkan Al-Masih sendiri yang terpaksa mengungsi untuk
menyelamatkan diri dari kekuatan mereka yang tak terkalahkan, selanjutnya
diterangkan bahawa Al-Masih pun tak mempunyai kekuatan untuk memerangi dan
membunuh Ya'juj wa Ma'juj. Lalu, apakah untungnya membunuh Dajjal, jika bangsa
yang lebih kuat daripada Dajjal (Ya'juj wa Ma'juj), akan menggantikan
kedudukannya ?
Akhirnya, setelah dipertimbangkan
masak-masak, hanya ada satu kesimpulan bahawa yang dimaksud membunuh Dajjal
bukanlah menyembelih seseorang, kerana Dajjal bukanlah orang, melainkan
segolongan bangsa, demikian pula bukanlah bererti membinasakan bangsa-bangsa
itu, kerana sebagaimana kami terangkan di atas, bangsa- bangsa itu akan tetap
ada sampai Hari Kiamat, dan Al-Masih sendiri diberi tahu oleh Allah melalui
wahyu-Nya, bahawa beliau tak dapat mengalahkan mereka. Semua itu menunjukkan
seterang-terangnya bahawa kejahatan mereka di lapangan agama, disebut fitnahnya
Dajjal, kerana mereka menyesatkan manusia dari jalan benar dengan tipu muslihat
mereka; sedangkan Ya'juj wa Ma'juj memperlihatkan kejahatan mereka dalam bidang
politik. Itulah sebabnya mengapa sekalipun Dajjal mati terbunuh, tetapi Ya'juj
wa Ma'juj masih tetap hidup.
Kini teranglah bahawa walaupun
fitnah Dajjal dalam bidang agama telah dibasmi oleh Masih Mau'ud, namun
kejahatan mereka dalam bidang politik tak dapat dibasmi. Untuk membasmi
kejahatan mereka dalam bidang politik, akan dilakukan dengan kekuatan lain. Mungkin
pembasmian dalam bidang ini akan dilakukan dengan jalan pertempuran di antara
mereka sendiri, sebagaimana dihuraikan dalam Al-Qur'an sbb:
"Dan pada hari itu, kami
akan membiarkan sebahagian mereka (Ya'juj wa Ma'juj) bertempur melawan
sebahagian yang lain" (18:99).
Dengan perkataan lain, mereka
akan saling bertempur, sebagaimana telah mereka lakukan dalam dua Perang Dunia.
Atau boleh jadi, sebahagian besar bangsa-bangsa itu akan terhindar dari
kehancuran kerana mereka masuk Islam, hal ini diisyaratkan oleh suatu Hadits
bahawa pada zaman akhir "matahari akan terbit di Barat", ini bererti
bahawa kebenaran Islam akan nampak di kalangan bangsa-bangsa Barat. Bukanlah
omong kosong bahawa dalam ru'yah Nabi SAW melhat Dajjal bertawaf mengelilingi
Ka'bah, yang ini mengisyaratkan bahawa akhirnya bangsa-bangsa Eropa akan masuk
Islam.
Bab 34. GAGASAN NABI SAW UNTUK
MENGALAHKAN DAJJAL DENGAN DALIL.
Jika Hadits itu kita baca dengan
teliti, nescaya akan bertambah jelas apa yang dimaksud dengan membunuh Dajjal, Hadits-hadits
itu berbunyi sbb:
"Apabila ia (Dajjal) muncul,
dan aku ada di tengah-tengah kamu, aku akan mengalahkan dia dengan dalil, dan
apabila ia muncul sedangkan aku tak ada di tengah-tengah kamu hendaklah tiap-tiap
orang berbantah dengan dia" (Kanzul-'Ummal, jilid VII, hal. 2076).
Hadits lain lagi berbunyi sbb:
"Maka apabila ia (Dajjal) muncul
dan aku ada ditengah-tengah kamu, aku akan mengalahkan dia dengan dalil atas nama
kaum Muslimin; akan tetapi apabila ia muncul sesudahku, hendaklah tiap-tiap
orang berbantah dengan dia atas nama sendiri" (kanzul-'Ummal, jilid VII, halaman
2025 dan 2079).
Hadits-hadits tersebut
menerangkan seterang-terangnya bahawa apabila Dajjal muncul di zaman Nabi SAW, beliau
akan mengalahkan dia dengan dalil. Ini menunjukkan bahawa membunuh Dajjal
bererti membanteras kejahatan Dajjal; oleh kerana Dajjal menyesatkan manusia
dengan tipu-muslihatnya yang halus dan dengan menimbulkan keragu-raguan dalam
batin manusia, maka kejahatan Dajjal hanya dapat dibanteras dengan dalil. Maka
dari itu, Nabi SAW bersabda bahawa beliau akan mengalahkan Dajjal dengan dalil.
Demikian pula terbunuhnya Dajjal
oleh Al-Masih, ini harus diertikan seperti dikalahkannya Dajjal oleh Nabi Suci
dengan dalil. dengan perkataan lain, Al-Masih juga akan mengalahkan Dajjal
dengan dalil atau menyelamatkan manusia dari fitnah Dajjal dengan jalan dakwah.
Bahawa perkataan qotala mempunyai pula erti seperti tersebut di atas, ini diketemukan
dalam Kamus Arab. Dalam kitab Nihayah, Kitab Kamus Hadits, di sana dihuraikan bahawa kata-kata Qotalallohu
Sa dan (yang makna aslinya, semoga Allah membunuh Sa'adj ini bererti dafallohu
syarrahu, ertinya "semoga Allah mengelakkan kejahatannya". Hadits
tersebut dikutip sehubungan dengan peristiwa Tsaqifah.
Selanjutnya, tatkala orang-orang
membicarakan sumpah setia kepada dua Khalifah yang saling bermusuhan, salah
seorang berkata sbb: uqtulul - akhira (makna aslinya, bunuhlah khalifah yang
lain).
Jika kita ingat akan Hadits lain
yang ada hubungannya dengan Hadits tersebut; kita menemukan bukti lagi, bahawa
yang dimaksud membunuh Dajjal ialah menangkis kejahatannya. Ada beberapa Hadits yang menerangkan bahawa
barang-siapa membaca sepuluh ayat terakhir dari Surat Al-Kahfi, ia akan selamat
dari fitnahnya Dajjal. Ini bererti bahawa Dajjal bukan akan membunuh manusia, melainkan
akan menyesatkan mereka dari jalan yang benar dengan menimbulkan keragu-raguan
dalam batin mereka.
Oleh sebab itu; supaya orang
dapat selamat dari fitnahnya Dajjal, orang dianjurkan supaya membaca ayat-ayat
Al-Qur'an.
Setidak-tidaknya jelas sekali
bahawa Hadits ini sahih. Fitnahnya Dajjal bukanlah bererti membunuh manusia, melainkan
menyesatkan mereka dengan bisikan jahat dan menimbulkan keragu-raguan. Jika
demikian itulah yang dimaksud dengan fitnahnya Dajjal, maka cara
pembanterasannya harus sama pula. Bacalah sekali lagi Hadits berikut ini :
"Demi Allah! Orang akan
datang kepadanya (Dajjal) dengan keyakinan bahawa ia adalah mukmin, akan tetapi
ia mengikuti dia; kerana keragu-raguan yang ditimbulkan dalam batinnya".
"Makanan orang Mukmin pada
zaman Dajjal adalah makanan para malaikat, yakni memuliakan dan memaha-sucikan
Allah; maka barangsiapa di zaman itu memuliakan dan memaha-sucikan Allah, maka
bagi dia, Allah akan menghilangkan kelaparan" (Kanzul-'Ummal, jilid VII, halaman
2041 ).
"Barangsiapa berkata, Allah
adalah Tuhanku, dan terus berbuat demikian sampai ia mati, Allah akan
menyelamatkan dia dari fitnahnya Dajjal" (idem, jilid VII, halaman 2080).
"Sesungguhnya, Allah akan
menyelamatkan orang Mukmin dengan hal yang sama seperti Allah menyelamatkan
para malaikat, yakni dengan mengagungkan Allah" (idem, jilid VIII, hataman.
2090).
Dari Hadits-hadits tarsebut
terang sekali bahawa orang mukmin akan diselamatkan dari fitnahnya Dajjal
dengan jalan mengagungkan Allah. Yang dimaksud makanan orang mukmin pada zaman
fitnahnya Dajjal ialah makanan rohani; kerana sebagaimana makanan jasmani itu
dimaksud untuk memelihara tubuh, makanan rohani itu dimaksud untuk memelihara
jiwa.
Jadi Hadits tersebut menerangkan
bahawa manusia akan diselamatkan dari kebejatan moral dan rohani yang dibuat
oleh Dajjal dengan penyembuhan rohani, yakni zikir kepada Allah. Memang benar
bahawa ada sebuah Hadits yang menerangkan berperang melawan Parsi dan Romawi, akan
tetapi Hadits ini mungkin mengisyaratkan Perang Salib, tatkala seluruh bangsa-bangsa
Kristian dikerahkan untuk menghancurkan Islam dengan pedang:
Satu hal sudah jelas, bahawa obat
yang dapat menyembuhkan orang dari fitnahnya Dajjal yang berhubungan dengan
masalah agama, itu bersifat rohani. Dalam sebuah Hadits diterangkan bahawa jika
pada waktu munculnya Dajjal Nabi SAW masih hidup, maka beliau akan mengalahkan
Dajjal dengan dalil-dalil bahkan beliau menganjurkan agar para pengikut beliau
juga berbuat demikian, jika nanti Dajjal muncul sesudah beliau.
Selanjutnya, beliau menganjurkan
agar para pengikut beliau membaca Surat Al-Kahfi, yang isinya membahas ajaran
Kristian dan sejarah agama Kristian, sudah barang tentu tujuan beliau ialah
agar para pengikut beliau mengumpulkan kekuatan rohani untuk menolak segala
pujukan-pujukan duniawi yang disajikan oleh pihak Kristian. Dalam Hadits lain
Nabi SAW menganjurkan agar orang banyak berzikir kepada Allah, kerana dengan
jalan ini orang semakin dekat kepada Allah, dengan demikian ia memperolehi
kekuatan rohani. Datangnya Masih Mau'ud mempunyai tujuan yang sama, yakni
menghidupkan kembali iman manusia, dan memperbaiki kembali rohani manusia, yang
sudah kalut kerana merajalelanya peradaban kebendaan.
Jadi yang dimaksud membunuh
Dajjal oleh Masih Mau'ud ialah, bahawa propaganda dan pengaruh Dajjal akan
ditolak, dan orang-orang akan diselamatkan dari fitnahnya Dajjal.
Tamat
karya: Maulana Muhammad Ali


01.38
movingphone lampung
0 komentar:
Posting Komentar